Realtime website trackingweb stats

“Kalau orang anjur dilabel dajjal” – konsert wanita Siam menari seksi di Kelantan dikecam

Oleh NURAIMAN

Satu persembahan muzik yang menampilkan kumpulan penyanyi wanita bernama Thungpang dari Thailand telah diadakan di Kampung Balai, Bachok, Kelantan pada Jumaat yang lepas.

Konsert itu diadakan sempena satu perayaan yang disambut oleh masyarakat peranakan Kelantan-Siam.

Peristiwa ini menjadi viral setelah kerajaan sebelum ini memberi kebenaran untuk konsert oleh kumpulan dari United Kingdom, Coldplay di Bukit Jalil yang menimbulkan kecaman banyak pihak khususnya pemimpin Pas.

Konsert di negeri Serambi Mekah tersebut diatur bersempena dengan salah satu perayaan yang disambut baik oleh masyarakat peranakan Kelantan-Siam.

Media difahamkan konsert tersebut telah dijalankan di salah satu kuil Thai di kampung itu.

Tanpa disedari, ribuan penonton hadir untuk menonton konsert artis dari Thailand, yang menampilkan kemahiran penyanyi wanita dalam kumpulan tersebut di atas pentas.

Tiada sebarang bantahan yang diketahui berlaku berkaitan dengan konsert tersebut, tidak seperti apa yang berlaku pada konsert Coldplay yang berjaya menarik perhatian 75,000 penonton.

Ramai terkejut apabila ‘konsert Siam’ diumumkan, walaupun orang tahu acara tersebut dianjurkan sempena perayaan bagi komuniti yang terlibat.

Ada yang mendakwa walaupun konsert itu bagi meraikan komuniti Siam, tetapi ramai masyarakat Melayu yang turut hadir menyaksikannya.

“Nah, kata dekat orang lagi, Betul konsert ni untuk golongan tertentu tapi percayakah kita golongan Melayu-Islam tidak pergi sedangkan penduduk di Kelantan majoritinya Melayu,” jelas Nazim Fkhri.

“Kalau orang anjur nanti ada la kata dajal, sesat dan ada pula yang doakan kehancuran. Tapi kalau konsert ni pula senyap seribu bahasa. Bagi saya sama sahaja.

“Itu lah orang cakap jangan kuat sangat berpolitik. Hidup jangan serius sangat, ada masa kita suka ada masa kita menangis,” jelas Faiz Ismail.

Baca:

Hati-hati! Rupanya duit RM100 e-dompet Madani tak boleh diguna untuk 10 perkara ini

Ramai kagum ketabahan wanita yang dizalimi penjajah ini, kain tenunan Israa Jaabis raih perhatian

Banyak sangat belacan dan serai, banyak sebablah sambal nasi lemak Andy Cook teruk dikritik