Penyanyi dan pelakon, Nabila Razali tetap ingat pesanan suaminya bahawa hal berkaitan rumah tangga, simpan untuk mereka berdua sahaja.
Itu sebabnya pencinta alam sekitar dan aktif mengitar semula barangan terpakai itu cuba meletakkan had dalam berkongsi kisah peribadi dan rumah tangga dalam media sosial seperti dinasihatkan suami.
“Saya lebih selesa letakkan had untuk tunjuk kebahagiaan. Kita sebagai perempuan risau dan cuba untuk kawal.
“Kadang-kadang, ada video yang sudah dirakam dan suami tanya, hendak muat naik di mana.
“Apabila saya beritahu hendak kongsi di TikTok, suami tengok dahulu. Kalau suami beritahu okay, baru saya muat naik. Namun, saya juga buat tapisan sendiri.
“Suami berpesan, kalau hal rumah tangga, simpan untuk kami berdua sahaja,” katanya, dipetik BH.
Pemegang ijazah sarjana dalam bidang senibina di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) itu mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan dan bekas pelumba kereta, Nik Iruwan Nik Izani, 39, pada 18 November lalu.
Justeru, Nabila, 32, mengakui sudah sedia berdepan soalan berhubung zuriat daripada sanak-saudara dan kenalan yang bertandang pada Aidilfitri bulan depan.
Memulakan kerjaya sebagai penyanyi melalui rancangan Akademi Fantasia musim ke-10 (AF2013), Nabila percaya rezeki Tuhan dalam soal zuriat.
“Kalau Dia kata sudah tiba masanya, tibalah. Kalau ada yang bertanya, jawapan saya sama… Kalau ada rezeki, adalah.
“Kalau tiada, hendak buat macam mana. Kita terus usaha sebab saya tidak letak ‘deadline’ atau sasaran bila hendak berbadan dua.
“Saya percaya dengan rezeki dan sangat berpegang dengan rezeki Tuhan.
“Sekarang, saya buat banyak perkara. Mungkin Tuhan kata, kerja dahulu… Saya pun tak tahu.
“Semoga soal ini (zuriat), dipermudahkan… Insya-Allah,” kata penyanyi lagu
‘Vroom Vroom’ dan ‘Pematah Hati’ itu lagi.
Baca:
Waris guna duit pampasan bina masjid, simbol penghormatan kepada mangsa MH17
Resipi parfait yogurt kurma juadah berbuka yang menyelerakan, mudah dan sekejap saja nak buat
Belum reda isu stoking, warga maya ‘korek’ semula video pelekat tapak kaki tertera tulisan ALLAH