Ada hari-hari di mana kita buntu untuk memutuskan apa yang ingin dimasak untuk makan di rumah.
Untuk anda yang masih mencari hidangan yang mudah dan sedap, anda boleh mencuba resipi terung masak sambal bilis ini.
Bukan sahaja sesuai dengan citarasa Melayu, tetapi hidangan ini sudah mencukupi jika dimakan bersama nasi putih panas dan kicap.
Resipi yang dikongsi oleh Qasih Jue Aisya ini menjadi viral apabila ramai yang bersemangat untuk mencubanya sendiri selepas melihat gambar-gambar yang dikongsi.
Bahan-bahan:
- Terung
- Cili padi
- Bawang merah
- Bawang putih
- Cili merah
- Ikan bilis
- Air asam jawa
- Garam dan gula
Cara-caranya:
1. Goreng terung yang dipotong sehingga layu dengan menggunakan banyak minyak masak.
2. Goreng juga ikan bilis secara berasingan.
3. Tumbuk ‘kasar’ cili padi, cili merah, bawang putih dan bawang merah sebelum ditumis.
4. Selepas bahan tumis garing, masukkan terung dan ikan bilis yang telah digoreng.
5. Tambah sedikit perahan asam jawa, garam dan gula secukup rasa.
6. Gaul semua bahan selama tiga hingga lima minit sebelum dihidangkan.
Hanya dengan satu hidangan ini pun dah cukup, tak perlu tambah lagi hidangan lain ketika dimakan dengan nasi putih.
Pasti seisi keluarga akan makan nasi dengan berselera walaupun hanya dengan hidangan terung masak sambal berlada yang tersedia di meja.
Baca:
Rupanya tanaman pun perlu kena ‘diugut’, ini antara petua agar pokok cepat berbuah
Pelbagai resipi bubur yang boleh buat di rumah, kombinasi rasa lemak & manis memikat selera
Roti kalau dah habis jangan dibuang tag, boleh guna untuk kreativiti lain