Realtime website trackingweb stats

Kalau berlaku tumpahan kuah di lantai, cuba satu langkah ini dulu, baru senang kerja

Oleh ABDULLAH HAMID

Tumpahan minyak dan sos di lantai dapur boleh menyukarkan aktiviti memasak.

Membersihkannya juga agak mencabar, memandangkan kotoran jenis ini biasanya degil dan sukar dihilangkan walaupun disental berulang kali.

Namun, melalui perkongsian di laman Facebook oleh Chef As, terdapat petua mudah dan berkesan untuk menangani masalah ini.

Anda mungkin terkejut mengetahui bahawa teknik biasa seperti terus mengemop atau menggunakan kain sebenarnya kurang efektif.

“Jangan mop terus kerana ia hanya akan menyebabkan kotoran merebak ke bahagian lantai lain, menambahkan kerja anda,” jelas Chef As.

Kalau berlaku tumpahan kuah di lantai, cuba satu langkah ini dulu, baru senang kerja

Berikut adalah langkah-langkah yang disarankan untuk membersihkan tumpahan dengan lebih efisien:

Langkah-Langkah Bersihkan Tumpahan
Tabur Tepung Gandum
Ambil sedikit tepung gandum dan taburkan secara rata di atas tumpahan. Biarkan beberapa minit supaya tepung dapat menyerap minyak, sos, atau cecair yang tertumpah.

Kaut Gumpalan Kotoran
Setelah beberapa minit, anda akan mendapati tepung bercampur dengan kotoran dan membentuk gumpalan. Gunakan sarung tangan untuk mengaut gumpalan ini.

Mop Seperti Biasa

Akhir sekali, mop atau lap lantai seperti biasa di kawasan yang terjejas. Dengan cara ini, kerja anda lebih mudah dan tidak perlu dilakukan berulang kali.

Cubalah petua ini dan nikmati dapur yang bersih tanpa banyak usaha. Selamat mencuba

BACA: Kalut balik rumah tapi lapar, ini teknik mudah lembutkan nasi keras, tinggal masak lauk je