Realtime website trackingweb stats

“Kalau ada yang suruh letak ubat gigi, kau tampar sahaja dia” – Antara mitos dan cara sebenar rawat melecur

Oleh FATIN AQILAH

Sekarang ni, petua untuk lecur adalah dengan celup jari/bahagian luka dengan tepung atau meletakkan ubat gigi dikawasan melecur.

Aduh.

Dah berlaku pembaziran.

Cuba anda bayangkan, jika kecederaan itu teruk dan memerlukan rawatan dihospital, jenuhlah pula nak bersihkan kesan ubat gigi kering pada kawasan yang terlibat, meraung kesakitanlah jadinya.

Belum kira inflamasi (radang) yang boleh berlaku gara-gara ubat gigi yang mencemar kulit dan kawasan cedera.

.

Melecur/Terbakar merupakan kecederaan dan kerosakan yang terjadi pada kulit tidak kira disebabkan oleh haba, bahan kimia ataupun arus elektrik.

Kecederaan seperti ini boleh menyebabkn cecair badan hilang dari sistem peredaran darah dan kemungkinan berlakunya jangkitan kuman kerana lapisan perlindungan badan telah rosak.

Matlamat kita adalah menghentikan proses kebakaran atau kelecuran dan mengurangkan potensi kehilangan air yang banyak atau risiko kehilangan nyawa.

KATEGORI LECUR/BAKAR

1. Tahap pertama (first degree)

• Melibatkan hanya lapisan atas kulit (epidermis).
• Kulit berwarna merah, kering dan biasanya berasa pedih dan perit.
• Kawasan lecur/bakar ini boleh membengkak.
• Selalunya sembuh dalam masa seminggu tanpa meninggalkan parut.

2. Tahap kedua (second degree)

• Juga melibatkan lapisan atas kulit dan superficial dermis.
• Kulit berwarna merah, melecur dan terdapat gelembung cecair, menjadikan kulit kelihatan basah.
• Kulit yang melecur/terbakar berubah warna.
• Biasanya berasa sakit yang teramat sangat dan membengkak.
• Jangka masa sembuh mengambil masa 3 hingga 4 minggu.
• Boleh meninggalkan parut.

3. Tahap ketiga (third degree)

• Melibatkan kecederaan burn yg lebih dalam, deep dermis.
• Memusnahkan semua lapisan kulit dan boleh mencederakan struktur dibawah lapisan kulit – lemak, otot, tulang dan saraf.
• Kulit menjadi perang atau hitam (hangus) dengan tisu di bawahnya kelihatan putih.
• Tidak berasa sakit kerana saraf turut terbakar.

4. Tahap keempat (4th degree):

• Ini adalah Full thickness burn.
• Bermaksud bukan hanya kulit terbakar tapi lemak, otot hingga ke tulang menjadi masak.

Tanda kelecuran:

• Kesakitan yang kuat pada tempat berlaku kecederaan, tetapi kebakaran atau kelecuran yang melibatkan kawasan kulit yang dalam mungkin tidak memberi rasa sakit pada mangsa.
• Melepuh, melecet atau gelembung pada sekitar kawasan yang tercedera.
• Kemerahan dan bengkak pada kawasan yang cedera, atau kulit hangus jika kebakarannya teruk.

.

Apa yang perlu kita buat?

1) Alihkan mangsa dari punca kebakaran (bagi kes mangsa sedar atau kawasan kebakaran merebak) arau kelecuran seperti air panas.

2) Sejukkan kawasan yang terbakar atau melecur dengan mengalirkan air suhu bilik seperti air paip (bukan air sejuk atau air suam apetah lagi pepsi dan coca cola) di kawasan yang terbakar sekurang-kurang 10min atau sehingga kesakitan berkurang.

!! Jangan gunakan ais atau air berais kerana ianya boleh menyebabkan kehilangan haba dari badan.

3) Dudukkan mangsa dan tinggikan kawasan atau anggota yang tercedera. Letakkan mangsa berada dalam keadaan yang selesa untuknya. Panggil bantuan kecemasan.

4) Buangkan semua kainan atau barang kemas dari kawasan yang terlibat ketika proses menyejukkan kawasan terbakar/melecur.

• JANGAN buang sebarang benda yang melekat pada kulit yang terbakar.

• Tanggalkan semua jenis alatan besi seperti subang, rantai, tali pinggang dengan buckle besi, jam dll kerana alatan besi akan menyerap haba dan ini menjadikan kebakaran berterusan.

5) Lindungkan kawasan yang terbakar atau melecur sebaik2nya dengan plastik yang bersih dengan membalutnya atau gunakan kainan bersih seperti sarung bantal/selendang bagi mengelakkan risiko jangkitan kuman kerana terdedah terlalu lama.

6) Bantu mangsa dengan membaringkannya dan kekalkan bahagian cedera diangkat tinggi sedikit dan disokong dengan apa-apa yang ada sementara bantuan tiba atau sementara mahu dibawa ke klinik atau hospital

7) JANGAN

• JANGAN tutup tempat terbakar dan melecur dengan kain yang kotor.

• JANGAN letak apa-apa sapuan, ubat gigi atau krim pada lecuran.

• JANGAN beri mangsa sebarang makanan atau minuman kerana kita tidak tahu tahap bagaimana kebakaran atau lecurnya. Apabila di hospital nanti, dia mungkin akan diberi ubat bius bagi merehatkannya.

• JANGAN pecahkan gelembung cecair yang terbentuk kerana dikhuatiri luka akan menjadi besar dan lebih tinggi risiko jangkitan kuman.

• JANGAN selfie. Selamatkan mangsa dahulu. Bukan buat live di facebook untuk tanya apa perlu dilakukan.

8) Jika mangsa pengsan dan tidak sedarkan diri, buka laluan udara dan periksa pernafasan.

Bersedia untuk melakukan CPR.

** SEMUA kebakaran dan melecur yang melibatkan kanak-kanak memerlukan rawatan hospital.

9) Awasi tahap kesedaran mangsa, pernafasan dan nadinya ketika anda menunggu bantuan kecemasan.

Oh ya, dah mengelembung tu jangan pula pecahkan. Nanti infeksi lain pula jadi.

Notakaki:

Jangan follow petua kelaut bagi isu melecur dan terbakar ini. Melecur dan terbakar BOLEH menyebabkan kesekatan salur pernafasan dan kehilangan air yang teruk!

Sumber: Bel Nahwen

 

Baca :

“Datuk saya penyebab ini semua, tapi saya memang wanita tulen” – wanita bernama Alias 

Perut remaja cedera ditendang ayah, rupanya hasil ‘urine test’ amat mengejutkan 

Lain macam kes buli di sekolah ini, tergamak paksa makan najis, pembuli memang ‘sakit’ mental