Ubah selera dengan merasa air tangan sendiri bukan asyik berulang di bazar Ramadan saja dengan menyediakan juadah terung penyet yang 15 hingga 20 minit dah siap.
Resepi dikongsi Chef Zam Akmal ini walaupun ringkas tetapi berkhasiat lagi mengenyangkan.
Bahkan, resipi ini sebenarnya hampir sama seperti di kedai masakan ayam penyet yang begitu sedap jika dihidangkan bersama nasi panas.
Cukup mudah untuk disediakan kerana tidak memerlukan bahan yang banyak tetapi hasilnya memang ‘terangkat’ untuk dinikmati bersama keluarga tersayang.
RESEPI TERUNG PENYET
Bahan-bahan:
1. Sebiji terung digoreng (potong ikut kesesuaian sebelum digoreng).
2. Bahan sambal:
– Lada merah lima batang.
– Cili padi lima hingga 10 batang.
– Bawang kecil tiga ulas.
– Bawang putih dua ulas.
– Tomato sebiji.
– Belacan satu hingga dua inci yang dibakar atau goreng.
– Ikan bilis satu genggam.
Kaedah masakan:
– Semua bahan di atas digoreng dan biarkan sedikit sejuk. Tumbuk secara kasar.
– Campurkan terung. Tumis kembali dan masukkan daun limau purut garam dan gula.
– Siap dihidang bersama nasi panas.
View this post on Instagram
Baca:
Petua makan bawang putih untuk hilangkan sakit kaki, tumit & angin dalam badan