Resepi ikan masak asam ni antara menu yang popular semasa bulan Ramadan.
Menunya sangat sedap dan sesuai dimakan waktu sahur atau berbuka.
Jika suka pedas, boleh tambah lebih cili padi.
Kalau tak suka pedas, boleh tak letak cili.
Bahan-bahan:
• Ikan kembung
• Bawang merah
• Bawang putih
• Halia
• Air asam jawa
• Gula
• Garam
• Cili padi
• Cili merah besar
Cara-cara:
1. Bersihkan ikan dengan baik.
Salutkan ikan kembung dengan serbuk kunyit dan garam, sapukan rata dan goreng hingga masak.
Biarkan sementara kita sediakan air asamnya.
2. Tumis bawang merah, bawang putih dan halia yang telah dihiris sehingga harum.
3. Selepas itu, tuangkan air asam jawa dan air secukupnya.
4. Berikan garam dan gula secukup rasa. Gaul rata.
5. Taburkan bawang merah yang telah dipotong bulat.
6. Letakkan ikan yang dah goreng tadi.
7. Akhir sekali, taburkan cili padi dan cili besar yang dah dipotong.
8. Biarkan air tu menggelegak sekejap dan dah siap nak makan.
Selamat mencuba!
Sumber: Ameera
Baca:
‘Dia ingat kita tak boleh balas’ – Reaksi spontan pramugari ini buat penumpang nakal terkesima