Realtime website trackingweb stats

JPJ sanggah BJAK, dedah ramai mengadu ditipu. Sebenarnya sah ke tak cukai jalan guna BJAK?

Oleh FATIN AQILAH

BJAK Sdn Bhd (BJAK), sebuah syarikat teknologi, telah mengesahkan bahawa perkhidmatan pembaharuan cukai jalan kepada pelanggan adalah pilihan dan beroperasi seperti biasa.

Syarikat ini menekankan bahawa perkhidmatan utamanya adalah perbandingan dan pembaharuan insurans kereta, serta menyediakan perkhidmatan VIP khas untuk pelanggan.

Menurut kenyataan mereka, perkhidmatan ini disediakan secara pilihan dan percuma, berbeza dengan platform lain yang biasanya mengenakan bayaran antara RM3 hingga RM11 untuk pembaharuan itu.

Syarikat tersebut mengumumkan bahawa ia merupakan sebahagian daripada usaha swasta yang bertujuan untuk meningkatkan nilai kepada pelanggan, tanpa terlibat dengan mana-mana badan kerajaan.

“BJAK juga kekal komited untuk menyediakan penyelesaian yang inovatif dan perkhidmatan cemerlang, melalui standard pematuhan tertinggi,” kata kenyataan berkenaan.

JPJ sanggah BJAK dedah ramai mengadu ditipu Sebenarnya sah ke tak cukai jalan guna BJAK

Untuk lebih lanjut, BJAK menyatakan bahawa platformnya mengekalkan kedudukan yang tertinggi dalam ‘ulasan’, dengan lebih daripada 250,000 ulasan di Google.

“Semua komen juga dibalas dengan liputan 100 peratus. BJAK turut menyasarkan penyelesaian pada hari yang sama untuk semua pertanyaan atau maklum balas oleh pelanggan,” katanya.

Agensi berita Bernama telah melaporkan bahawa Kementerian Pengangkutan (MOT) bersama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) tidak pernah memberikan kebenaran kepada BJAK Sdn Bhd (BJAK), platform pembaharuan insurans dalam talian, untuk menyediakan perkhidmatan pembaharuan cukai jalan secara dalam talian.

JPJ telah mengeluarkan satu kenyataan semalam untuk memberi makluman yang serius berkenaan dengan iklan yang dipaparkan di laman sesawang bjak.my dan media sosial BJAK berkaitan perkhidmatan pembaharuan Lesen Kenderaan Motor (LKM) atau cukai jalan secara dalam talian yang ditawarkan kepada orang ramai, termasuk program pemberian cukai jalan secara percuma.

Dalam kenyataannya, JPJ menegaskan bahawa kenyataan yang dikeluarkan oleh BJAK melalui laman sesawang mereka yang menyatakan ‘Pembaharuan roadtax secara dalam talian di BJAK telah diaudit, disahkan dan diluluskan oleh JPJ’ adalah tidak benar dan boleh menegelirukan orang ramai.

“Jabatan ini menerima beberapa aduan daripada orang awam antaranya pembaharuan cukai jalan dilaksanakan melalui laman sesawang BJAK, namun tempoh sah laku cukai jalan tidak dikemas kini,” kata kenyataan itu.

Jabatan tersebut mengesahkan bahawa tiada integrasi sistem di antara Sistem JPJ (MySIKAP) dengan sistem yang digunakan oleh pihak BJAK.

JPJ juga memberitahu bahawa mereka menerima aduan dari orang awam yang tidak berpuas hati kerana dikenakan caj tambahan semasa memperbaharui cukai jalan melalui platform tersebut.

“Jabatan ini ingin menegaskan, MOT atau JPJ tidak pernah meluluskan caj tambahan yang pada masa ini dikenakan oleh BJAK kepada pelanggan mereka.

“JPJ ingin menggalakkan urus niaga memperbaharui cukai jalan adalah melalui kaunter JPJ, kios JPJ, kaunter bergerak JPJ Mobile, Aplikasi MyJPJ, portal awam JPJ dan platform rakan niaga JPJ (Pos Malaysia, MyEG dan PUSPAKOM) sahaja,” katanya.

Menurut Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), tindakan yang dijalankan oleh BJAK berkaitan dengan urusan pembaharuan cukai jalan tidak mendapat kebenaran dari pihak berkenaan.

Ini kerana, orang ramai dinasihatkan agar masyarakat berhati-hati terhadap platform mana pun yang menawarkan layanan pembaharuan cukai jalan tidak sah bagi menghindari penipuan dan kerugian.

Sebaiknya, sebelum melakukan transaksi, disarankan untuk merujuk atau menghubungi JPJ terlebih dahulu untuk informasi lebih lanjut.

“Jabatan ini sentiasa berusaha dan komited untuk memastikan keselamatan dan kesejahteraan orang awam terutamanya pelanggan JPJ sentiasa terpelihara,” katanya.

Anda boleh menghantar sebarang aduan rasmi kepada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) melalui Portal Aduan Rasmi JPJ di https://jpj.spab.gov.my/.

Baca:

Anak lelaki pun kena jaga pergaulan mereka,banyak kes HIV dan Aids dalam peringkat umur ini

Penyanyi lagu ‘Seloka Hari Raya’ Hail Amir meninggal dunia

Jenama Omoda tengah ‘letup’, tapi hanya kerana satu masalah ini 600 unit terpaksa dipanggil balik