Realtime website trackingweb stats

Jika tarikh Israk Mikraj pun boleh beza pandangan, inikan pula puasa sunat khusus – Ikuti perinciannya

Oleh ARIF ABDULLAH

Hari ini, kita akan memasuki tarikh 27 Rejab yang merupakan hari penting dalam kalendar Islam iaitu Israk dan Mikraj.

Pada hari ini, kita mengenang perjalanan agung Nabi Muhammad SAW menaiki buraq dari Masjidil Haram di Makkah ke Masjidil Aqsa di Baitulmaqdis, Palestin, sebelum beliau meneruskan perjalanan ke Sidratunmuntaha.

Ini bukanlah cerita dongeng, tetapi peristiwa yang benar-benar berlaku sebagaimana yang tercatat dalam al-Quran dan hadis.

Jika tarikh Israk Mikraj pun boleh beza pandangan, inikan pula puasa sunat khusus - Ikuti perinciannya

Mengingatkan kita akan keagungan kuasa Allah SWT yang memberikan mukjizat ini kepada Nabi Muhammad SAW, ramai yang bertanya-tanya tentang kebolehan berpuasa sunat pada hari Israk dan Mikraj.

Profesor Dr Muhamad Rozaimi Ramle, Rektor Kolej Universiti Islam Perlis, pernah menjelaskan melalui hantaran di laman sosial Facebooknya bahawa walaupun terdapat perbezaan pendapat di kalangan ulama mengenai tarikh sebenar peristiwa Israk dan Mikraj, begitu juga dengan keharusan berpuasa pada hari tersebut.

“Ketahuilah bahawa puasa Israk dan Mikraj tiada asalnya. Begitu juga dengan amal-amal ibadah yang dikaitkan dengan peristiwa berkenaan.

“Yang sunnah kita lakukan adalah puasa sunat hari Khamis,” katanya sebagaimana dipetik di laman sosial Facebook miliknya.

Fakta ini ditegaskan lagi apabila Sinar Islam merujuk kepada Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.

Menurut artikel Al-Kafi #731: Apakah Keutamaan Khusus Puasa 27 Rejab Sempena Israk Mikraj, puasa yang berhubungan dengan peristiwa tersebut tidak tercatat sama sekali.

Pejabat mufti hanya menyenaraikan puasa sunat seperti Hari Arafah; Hari Asyura dan Tasu’a; pada hari Isnin dan Khamis; puasa tiga hari setiap bulan (pada hari ke-13, 14, dan 15 dalam bulan Islam atau hari-hari putih) dan puasa sunat enam hari pada bulan Syawal sahaja.

Itulah yang dinyatakan dalam kitab al-Fiqh al-Manhaji tentang puasa sunat dalam agama Islam.

“Kitab berkenaan menyebut, sebarang bentuk ‘puasa sunat’ tidak dianggap sunat melainkan terdapat nas sama ada daripada al-Quran ataupun hadis yang menggalakkan untuk berbuat demikian,” katanya sebagaimana dipetik menerusi artikel tersebut.

Berdasarkan fakta yang ada, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan menjelaskan bahawa puasa pada tanggal 27 Rejab tidak dikira sebagai puasa sunat kecuali jika dilaksanakan pada hari Isnin atau Khamis.

“Bahkan, penentuan Israk dan Mikraj pada 27 Rejab juga menjadi khilaf dalam kalangan ulama dari segi tarikhnya,” katanya.

Baca:

Garing dan sedap! Individu kongsi resepi roti bakar ala kopitiam, sesuai buat minum petang

‘Sedut dulu, baru pergi sekolah’ – Buat ‘spotcheck’ ada tak ‘pemetik api’ ini!

Hanya guna duit 10 sen untuk cek tayar kenderaan okay ke tidak