Proses penyejatan jelas depan mata apabila kelihatan ‘asap’ keluar dari jemuran kain yang disahkan bukan edit oleh individu yang berkongsikan video itu.
Pengguna TikTok tripleA.store berkata, kejadian itu berlaku pada musim panas pukul 8.40 pagi di Pasir Puteh, Kelantan.
“Pertama kali berlaku depan mata, saya kongsi. Cuaca pns kain lembap, proses penyejatan berlaku,” katanya.
Rata-rata warga maya turut mengakui musim panas pada bulan Ramadan ini luar biasa suhu tingginya sehingga bagi yang ada penyaman udara memberitahu rumah mereka masih berbahang.
“Masuk tandas kena sentuh dulu air.
“Ambil air wuduk pun, masya-Allah panas macam keluar dari cerek kalau guna paip terus dari meter. Ujian Allah.
“Panas dia macam spin kat dobi.
“Bahangnya tu minta ampun. Saya sampai mandi banyak kali,” demikian komen netizen.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah memaklumkan cuaca panas ketika ini dijangka kekal hingga pertengahan April.
Situasi tersebut dijangka berlaku berikutan kurangnya awan yang boleh membawa hujan serta fenomena ekuinoks.
Dalam tempoh ekuinoks, matahari berada tepat pada garisan Khatulistiwa dalam proses pergerakan dari hemisfera selatan ke hemisfera utara.
Sepanjang tempoh itu, suhu boleh mencecah antara 35 hingga 38 darjah Celsius bergantung kepada kehadiran awan dan hujan pada masa berkenaan.
Selepas 20 Mac kedudukan matahari berada di utara garisan Khatulistiwa termasuk di Malaysia.
Oleh itu, MetMalaysia menjangkakan suhu akan kekal tinggi hingga April kerana kedudukan matahari berada di utara garisan Khatulistiwa.
@super_ibu Baru 8.40pgð #kelantan #kelantansohot #fyp #musimpanas ⬠shik shak shok – cinq-sept
Baca:
Resipi parfait yogurt kurma juadah berbuka yang menyelerakan, mudah dan sekejap saja nak buat
Waris guna duit pampasan bina masjid, simbol penghormatan kepada mangsa MH17
Waktu bersahur tanpa baca doa ini amat rugi, macam lepas peluang keberkatan Ramadan