Seorang peniaga menangis kekecewaan selepas YB Mohd Taufik Yaacob mengarahkan Fiesta Raya Baling ditutup ekoran Diva AA sakan berjoget dangdut di pentas.
Wanita berkenaan berpendapat keputusan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bayu itu sebagai tiada budi bicara.
“Dekat mana budi bicara hangpa sebagai orang Islam. Exco (sebenarnya ADUN) arahkan semua penganjur beritahu vendor-vendor ‘clear’kan dalam tempoh 48 jam.
“Apa salah kami peniaga sampai kami kena diarahkan tutup?” soalnya.
Jelasnya, dia mengambil bahagian dalam Fiesta Raya Baling sempena Aidilfitri ini untuk memberi peluang kerja kepada penduduk-penduduk tempatan untuk jaga reruai.
“Bila reruai diarah tutup automatik budak-budak tu tiada kerja sampai raya.
“Dekat mana budi bicara hangpa?” soalnya lagi.
Peniaga itu kemudiaN mengakhiri video itu dengan berkata, “Jawablah di akhirat esok”.
Sementara itu, penganjur Karnival Fiesta Raya Baling 2024 tampil memohon maaf secara terbuka kepada semua pihak terutama rakyat Kedah atas kontroversi yang berlaku membabitkan Diva AA.
Maju Kedah Resources, menerusi kenyataannya berkata, persembahan tarian ala dangdut Diva AA itu bersama beberapa orang lelaki di atas pentas adalah di luar jangkaan pihaknya.
Menurut syarikat itu, Diva AA atau nama sebenarnya Azwan Ali bukan salah satu daripada atur cara program.
Ujarnya, kehadiran Diva AA adalah atas undangan kawan Tiktokers, Diva BB yang turut sama berniaga di Fiesta Raya Baling.
Gara-gara joget dangdut Diva AA itu, penganjur memberitahu pihaknya menerima teguran daripada Mohd Taufik.
Wakil rakyat Perikatan Nasional (PN) itu mengarahkan Fiesta Raya Baling 2024 ditutup atas dasar tanggungjawab berhubung insiden berkenaan.
“Kami selaku penganjur dengan rasa tanggungjawab menerima teguran tersebut untuk menutup terus penganjuran acara Fiesta Raya Baling 2024.
“Hari Sabtu adalah hari terakhir kami beroperasi,” katanya.
Dalam kejadian dipercayai Khamis, 28 Mac lalu iaitu Hari Nuzul al-Quran, tular video Azwan Ali bersama beberapa orang lelaki berjoget dangdut di atas pentas pada Fiesta Raya Baling 2024.
@fitnahapahariini POV : Viral isu event di Baling Exco Kedah arah tutup dan clear dalam masa 48jam dikecam penduduk !! : #Fyp #Viral #anwaribrahim #sanusimdnor #PMX #jauhifitnah #MISI #kerajaanperpaduan #malaysiamadani❤️💛💙 #infosahih #perikatannasional ♬ Musik Sedih – Nopa Sobarna
Baca:
Senarai pilih langsir yang wajib anda tahu & elak rugi!
Akhirnya pemilik bagasi berisi RM500,000 muncul, tapi masalah lain pula timbul