Tindakan pelakon Jasmine Suraya Chin Xian Mei, 35, terpaksa menjual beberapa barangan peribadi termasuk kereta bagi menanggung kos pengajiannya turut menarik perhatian Menteri Komunikasi.
Fahmi Fadzil berkata, kerajaan sedia mempertimbang langkah untuk membantu Jasmine Suraya menyambung pengajiannya di peringkat ijazah sarjana di Institut Perfileman dan Teater Lee Strasberg, Los Angeles di Amerika Syarikat (AS).
Beliau berkata, pihaknya sedia membantu Jasmine Suraya sekiranya perkara yang dikemukakan adalah bersesuaian.
“Saya perlu kaji dulu dan lihat apa yang kita boleh bantu.
“Saya faham memang kebiasaannya untuk sesiapa yang melanjutkan pengajian dalam bidang seni atau dalam sebarang jurusan perfileman, muzik, teater, seni lukis dan sebagainya bukanlah satu usaha yang mudah atau murah,” katanya.
Jurucakap Kerajaan Madani itu berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Inisiatif Ramadan CSR dan Iftar Perdana Lembah Pantai bersama Foodpanda Malaysia dan rakan kolaborasi di IWK Eco Park@Pantai Dalam.
Sebelum ini, Jasmine Suraya dilapor terpaksa menjual beberapa barangan peribadi termasuk kereta bagi menanggung kos pengajiannya selama setahun di Los Angeles yang menelan belanja RM400,000 bermula April depan.
Beliau adalah rakyat Malaysia pertama yang diterima masuk ke Institut Perfileman dan Teater Lee Strasberg.
Baca:
Ibu dedah ada kesan merah di leher, guru lima anak miang luah rasa cinta kepada pelajar sendiri
Elak kena kompaun, jangan buat kesalahan ini menjelang perayaan Aidilfitri
Cuba 6 tips ini untuk bijak berbelanja, nombor 3 tu kalau berlebihan pun duit boleh banyak ‘terbang’