Memiliki kereta adalah impian ramai, dan menjaga kenderaan agar sentiasa dalam keadaan terbaik merupakan tanggungjawab pemilik.
Namun, bencana seperti banjir boleh menyebabkan kerosakan besar pada kereta dalam sekelip mata.
Berikut adalah langkah sebelum, semasa, dan selepas banjir untuk mengurangkan kerosakan:
Sebelum Banjir Menenggelami Kereta
1. Tutup Ekzos dengan Bahan Kalis Air
Jika tidak dapat mengalihkan kereta ke tempat lebih tinggi, sumbat lubang ekzos dengan plastik atau bahan kalis air.
2. Cabut Terminal Bateri
Putuskan sambungan bateri bagi mengelakkan kerosakan akibat litar pintas.
3. Selamatkan Barang Penting
Keluarkan barang mudah rosak seperti dokumen penting kerana air banjir sering bercampur lumpur.
Ketika Kereta Ditenggelami Banjir
1. Jangan Hidupkan Enjin
Jangan cuba hidupkan enjin, terutama jika ekzos atau enjin sudah ditenggelami air.
2. Elak Memandu Meredah Banjir
Tindakan ini boleh menyebabkan kerosakan lebih teruk pada enjin dan sistem elektronik.
Selepas Banjir Surut
1. Jangan Hidupkan Enjin!
Jangan sekali-kali cuba hidupkan enjin selepas kereta ditenggelami air.
Ini pantang larang utama untuk mengelakkan kerosakan lebih serius.
2. Hubungi Lori Tunda
Bawa kereta ke bengkel yang dipercayai.
Mekanik akan memeriksa dan membaiki komponen utama seperti enjin, transmisi, dan sistem elektronik.
3. Flush Minyak Enjin dan Transmisi
– Enjin perlu dicuci dengan minyak enjin beberapa kali.
– Transmisi manual lebih mudah diperbaiki berbanding transmisi automatik, yang mungkin memerlukan overhaul atau penggantian gear box baru.
4. Pembersihan Kusyen
Kusyen kereta akan kotor dan berbau. Cuci secara menyeluruh sama ada sendiri atau upah bengkel. Bau lumpur mungkin mengambil masa sebulan untuk hilang sepenuhnya.
Kos Pembaikan
Kos bergantung kepada keadaan:
– Jika enjin tidak dihidupkan selepas banjir, kosnya lebih rendah.
– Jenis kereta juga mempengaruhi kos.
Pemilihan bengkel yang dipercayai amat penting untuk memastikan kenderaan dibaiki dengan betul.
Langkah Pencegahan Masa Depan
1. Insurans Bencana Alam
Pastikan kereta anda dilindungi insurans untuk bencana alam.
2. Parkir di Tempat Tinggi
Elakkan meletakkan kereta di kawasan rendah jika hujan lebat berterusan diramalkan.
Menghadapi banjir memerlukan persiapan dan tindakan pantas.
Langkah awal bukan sahaja dapat menyelamatkan kereta anda daripada kerosakan teruk, tetapi juga menjimatkan kos pembaikan.
Semoga panduan ini membantu dan meringankan beban mereka yang terjejas.
BACA: Penyanyi rap berang penguatkuasa MBSJ rakam dirinya tak berpakaian