Realtime website trackingweb stats

Jangan lupa 2023 tahun paling panas dalam sejarah manusia, ketahui 13 fakta isu pemanasan global

Oleh NURAIMAN

Walaupun Malaysia sedang menuju musim tengkujuh tetapi jangan lupa 2023 merupakan tahun paling panas dalam sejarah manusia berikutan perubahan iklim yang ketara lagi ekstrem.

Sejumlah negara iaitu Austria, Perancis, Jerman, Poland dan Switzerland masing-masing mengumumkan September lepas sebagai bulan paling panas dalam rekod.

Malah, belum pernah dilihat penduduk di sekitar Sungai Pahang apabila sungai yang dianggap lubuk ternakan ikan patin itu bertukar menjadi ‘padang pasir’ selama beberapa bulan akibat cuaca panas.

Jangan-lupa-2023-tahun-paling-panas-dalam-sejarah-manusia,-ketahui-13-fakta-isu-pemanasan-global 01

Di Eropah pula, terdapat 129,000 penduduk di sana mati akibat haba melampau dalam tempoh antara 1980 hingga 2020.

Banyak negara di dunia melalui Perjanjian Paris 2015 sudah pun berikrar untuk mengehadkan peningkatan suhu global kepada dua darjah Celsius dan sebaik-baiknya kepada 1.5 darjah Celsius.

Kenaikan suhu bumi lebih 1.5 darjah Celsius atau pun lebih separuh darjah sahaja akan memburukkan risiko bencana alam sama ada kemarau, banjir, gelombang haba sekaligus mengakibatkan kekurangan makanan dan kemiskinan kepada ratusan juta manusia di seluruh dunia.

Jangan-lupa-2023-tahun-paling-panas-dalam-sejarah-manusia,-ketahui-13-fakta-isu-pemanasan-global 02

Ketahui 13 fakta isu pemanasan global yang bukan perkara main-main sebaliknya amat patut kita insafi:

1. Bumi sekarang paling panas dalam sejarah berbanding purata rekod moden mula dikumpul pada 1880.

2. Suhu purata bumi dijangka meningkat melebihi had 1.5 darjah Celsius sekali gus melanggar ‘had siling suhu’ buat pertama kali pada tahun 2023 hingga 2027 ekoran pemanasan global yang semakin bertambah buruk.

3. Saintis dan penyelidik yakin bumi berkemungkinan besar bakal memecahkan rekod suhu purata itu sebelum 2027 disebabkan gabungan pencemaran yang memerangkap haba dan faktor cuaca El Nino.

4. El Nino adalah corak iklim yang berlaku secara semula jadi dengan peningkatan haba di seluruh dunia dan kemarau di beberapa tempat sementara hujan lebat di kawasan lain dengan kali terakhir direkodkan pada tahun 2018 hingga 2019.

5. Fenomena La Nina pula bertindak sebagai brek sementara pada peningkatan suhu global apabila kesan penyejukan La Nina meredakan hampir separuh pemanasan dunia.

6. Eropah berdepan ‘panas melampau’ ketika musim sejuk hujung tahun 2022 mengakibatkan salji dari cerun luncur salji di Alps dan Pyrenees mencair manakala suhu melebihi 20 darjah Celsius walaupun di kawasan yang sepatutnya membeku.

7. Perubahan iklim ekstrem menyebabkan Eropah lebih terdedah kepada penyakit berjangkit seperti malaria dan demam denggi yang disebarkan melalui gigitan nyamuk.

8. Air laut yang semakin panas pula menjadi semakin sesuai untuk bakteria yang menyebabkan taun, khususnya di sepanjang garis pantai Laut Baltik.

9. Seramai 90,000 penduduk benua Eropah dijangka terkorban setiap tahun menjelang akhir abad ini jika tiada sebarang usaha dilakukan untuk menangani gelombang haba.

10. Agensi Alam Sekitar Eropah (EEA) melaporkan 129,000 penduduk Eropah meninggal dunia akibat haba melampau dalam tempoh antara 1980 hingga 2020.

11. Lebih ramai lagi diramalkan maut di selatan Benua Eropah akibat gelombang haba didorong faktor populasi yang semakin tua dan peningkatan urbanisasi.

12. Di Sepanyol, yang turut dikenali sebagai kebun sayur Eropah, beberapa bahagian di negara itu adalah yang paling kering dalam tempoh 1,000 tahun ini apabila kemarau yang berpanjangan mendorong beberapa petani memilih untuk tidak menyemai tanaman.

13. Jepun menempuhi September 2023 paling panas sejak rekod mula disimpan 125 tahun lalu apabila bahang meningkat sebanyak 2.66 darjah Celsius melebihi purata biasa.

 

Baca :

“Itu cross salib, dia tak tahu ke?” – Dituduh pakai anting-anting bentuk salib, ini jawapan Scha Alyahya 

“Anak saya, makcik pulak yang panas”- Isteri Remy Ishak bidas netizen persoal gambar tak nampak muka anak 

Maklumat lengkap STR 2024 termasuk jumlah baharu dan jadual bayaran