Jangan letak ‘aircond’ pada 16 darjah celcius, TNB beri tips elak panas hati dapat bil elektrik.
Walapuan negara sedang cuaca yang tidak menentu, kadang hujan lebat, tapi ada beberapa kawasan terkesan dek kerana cuaca panas.
Cuaca yang panas ini akan menjadi penyebab utama rakyat Malaysia mula memasang pendingin hawa untuk menyejukkan diri di rumah.
Bagi mendapatkan suasana ibarat berada di luar negara, pengguna gemar menggunakan suhu paling rendah iaitu 16 darjah celcius.
Benar ia mampu memberikan suasana yang cukup sejuk tetapi ia memberikan kesan kepada wang anda kerana ia menggunakan tenaga eletrik yang lebih banyak.
Disebabkan masalah pembaziran eletrik yang boleh terjadi, syarikat utiliti eletrik terbesar Malaysia, Tenaga Nasional Berhad (TNB) menasihatkan pengguna agar mengamalkan penggunaan pendingin hawa secara bijak.
Guna suhu 24-26 darjah celcius
Memadai hanya menggunakan suhu di antara 24 hingga 26 darjah celcius sahaja kerana kesannya tetap sama dalam menyejukkan sesuatu ruang untuk keselesaan pengguna.
Jika terlalu sejuk, kemungkinan untuk demam adalah tinggi kerana suhu di luar dan dalam rumah ada perbezaan yang ketara.
Selenggara penghawa dingin
TNB turut menasihatkan agar pengguna menyelenggara pendingin hawa atau tukar kepada pendingin hawa yang lebih baru kerana ia adalah lebih jimat tenaga.
Dalam masa sama, TNB turut menasihatkan agar pengguna memastikan pembayaran bulanan adalah tepat pada masa kerana bil bulanan anda akan berkurangan kerana penjimatan yang dilakukan.
Jika ikut tip ini maka diri tidaklah terasa panas dan poket juga tidak kering disebabkan bil eletrik yang terlalu tinggi.