Realtime website trackingweb stats

Jangan laju nak buang dapur, cuba dulu tip ini berkesan tak payah beli periuk baru

Oleh ARIF ABDULLAH

Mesti mak-mak semua resah bila lihat periuk baru beli semua dah hitam, tak larat nak sental disebabkan api warna oren atas dapur gas.

Seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Kak Nana tampil membantu mereka untuk membaiki dapur yang mengeluarkan api berwarna oren.

Api dapur gas tiba-tiba bertukar oren? Habis berjelaga periuk kesayangan.

Nak sental periuk tu mahu sado tangan nanti.

Mesti rasa nak beli dapur gas baru terus tapi alahai harga bukanlah murah. Siapa pernah alami situasi ini?

Jangan laju nak buang dapur, cuba dulu tip ini berkesan tak payah beli periuk baru

Ni dapur gas yang biasa tu. Setelah anda pusing pin tetapi api tetap warna oren atau merah.

Caranya:

Buka tungku api, ketuk-ketuk untuk keluarkan segala karat yang terkumpul, bersihkan sisa makanan atau lelehan minyak.

Spray dengan anti karat ( ada dijual kedai hardware/mr.diy ).

Dan pasang semula tungku api tersebut.

Jika api masih oren atau merah juga maka boleh la tukar tungku api atau minta suami anda belikan dapur gas yang baru.

Buat mereka yang menggunakan dapur kaca pula, seorang pengguna Facebook lain tampil menyelesaikan isu tersebut.

Baca juga: Khairul Aming dedah sebab tidak beli kereta mewah ramai terkejut jawapanya