Realtime website trackingweb stats

Jangan jilat bibir ketika kering, ini sebabnya

Oleh ARIF ABDULLAH

Semasa berpuasa, badan kita akan menjadi kering akibat kekurangan air.

Akibatnya, bibir akan menjadi kering dan pecah-pecah.

Tetapi jangan risau!

Anda boleh mencegah bibir kering dan mengekalkan kelembapan semasa berpuasa dengan beberapa cara ini.

Jangan jilat bibir ketika kering, ini sebabnya

1. Elakkan dari menjilat bibir

Menjilat bibir akan memberi kita rasa lebih selesa.

Tapi, ia juga boleh membuat bibir kita kering dari sebelumnya.

Ini berlaku kerana minyak yang dihasilkan untuk melindungi bibir hilang.

2. Minum air yang secukupnya

Kekurangan air adalah antara sebab bibir menjadi kering.

Sebelum dan semasa waktu sahur, pastikan minum air secukupnya.

Semasa berbuka puasa, cuba minum air sebelum makanan atau minuman manis untuk mengelakkan kekurangan air.

3. Elakkan makanan tertentu

Makanan yang sebaiknya dielakkan semasa sahur dan berbuka puasa ialah makanan yang pedas dan masin kerana boleh menyebabkan bibir menjadi kering.

4. Hindari pengambilan kafein dan rokok

Walaupun sukar untuk berhenti merokok dan minum kafein bagi peminat kopi, anda perlu cuba untuk elakkan.

Ini boleh membantu mengelakkan bibir kering semasa berpuasa.

Tambahan pula, ia juga dapat mengurangkan masalah bau mulut.

5. Gunakan pelembab bibir

Untuk bibir kelihatan sihat sepanjang hari, cuba gunakan lip balm sekerap yang boleh.

Bibir akan rasa segar, selesa, dan sihat.

Semoga info ini bermanfaat.

Baca:

Warga emas sambut hari jadi ke-80 dengan Tunku Azizah, siap dibelanja makan & dapat hadiah

PAS kecoh kantin sekolah dibuka, minta pelajar ‘non-muslim’ bawa bekal

Hari Jadi tahun ini yang sedih buat Bella, rupanya ini situasi dua anaknya selepas Aliff kena cekup JAWI