Jadi suami, kita tak boleh pentingkan diri.
Kita tak boleh fikir apa yang kita suka buat saja, apa hobi kita saja, apa yang kita nak dari isteri kita saja.
Kita kena ambik kira sekali apa yang isteri nak kita buat, apa yang isteri kita nak dari kita.
Sebab hidup berpasangan bukan tentang seorang sahaja, satu pihak tapi tentang kedua-duanya.
Kalau semuanya tentang kita seorang, maka itu selfish.
Apabila kita pentingkan diri.
Kita sahaja nak buat apa yang kita suka tanpa fikir perasaan isteri.
Kita sahaja nak buat hobi kita tanpa berfikir pendapat isteri.
Nak lepak dengan kawan, nak ride lah, nak mancing lah, nak tukar rim lah, nak modi kereta lah.
Nak isteri taat lah, nak isteri dengar cakaplah, nak isteri turut perintahlah, nak isteri jaga makan minum pakai bagai lah.
Bahagian hati dan perasaan kita, kita nak isteri faham, tapi kita tak faham hati dan perasaan isteri.
One way relationship kalau macam tu.
One way demand kalau macam tu tak seimbang kalau macam ni sebab kita ambil sahaja, tak memberi.
Hubungan kena ada give and take.
Kalau nak manfaat tu kita sebagai suami ja yang rasa, maka tak ada orang perempuan yang sesuai untuk jadi isteri kita sebab mereka tak akan mampu bertahan lama dengan cara penting diri kita tu.
Baca:
Menahan rindu! Isteri dakwa Safee Sali ‘culik’ anak sejak Februari
Netizen mengeluh martabak mahal, rupanya ini puncanya
Bella Astillah terkejut dituduh rancang tangkap basah Aliff Aziz & Ruhainies