Realtime website trackingweb stats

Jangan dengar luahan hati suami orang, Che Ta ‘basuh’ para wanita

Oleh HADI KAMARUDIN

Masalah berpura-pura dengan pasangan menjadi perbualan hangat dalam masyarakat kita, terutamanya di media sosial.

Selebriti juga turut menyedari isu ini dan memberikan respons selepas beberapa artis tempatan terlibat dalam kontroversi curang.

Che Ta juga memberikan nasihat kepada gadis-gadis di luar sana supaya jangan terlibat dalam hal-hal curang atau hubungan sulit.

Melalui TikTok, Che Ta berkongsi tentang perkara itu secara terang-terangan tanpa memihak kepada sesiapa.

Pelakon berusia 51 tahun itu memberi nasihat kepada para remaja perempuan agar tidak menjadi penyebab gangguan dalam hubungan suami isteri, walaupun itu melibatkan kawan baik sendiri.

Jangan dengar luahan hati suami orang, Che Ta 'basuh' para wanita

“Kalau ada suami orang nak mengadu, jangan dengar. Dia sebenarnya bukan nak mengadu masalah dia, dia nak menggatal.”

Che Ta tidak hanya menyalahkan wanita, tetapi juga memberi nasihat kepada mereka untuk lebih berhati-hati dengan lelaki yang sudah berstatus sebagai suami orang yang suka menggoda.

Menurut Che Ta, wanita perlu bertindak dengan menjauhkan diri dan mengelakkan dari awal untuk terlibat dalam perkara-perkara seperti penipuan atau hubungan yang tidak wajar dengan suami orang.

“Tak payah nak selamatkan rumah tangga dia. Selamatkan diri daripada jantan gatal macam tu. Kalau jumpa suami orang dengar ular, ketuk dulu suami orang tu. Itu semua punca.”

Baca:

Detik isteri Caprice mengamuk suruh individu hina anak melutut mohon maaf depan-depan

“Orang kita cepat melatah” -rakan tampil pertahan Alif Satar lepas isu buat persembahan di gereja

Caprice nak jumpa depan-depan lelaki ini, apa kes tu?