Sabtu yang lalu, kita dikejutkan dengan berita tentang seorang ibu yang dituduh membunuh anak lelakinya dengan cara menarik lehernya.
Kejadian ini telah menarik perhatian ramai, termasuk doktor perubatan dan personaliti media sosial, Dr. Say Syazril.
Dalam video yang dimuat naik di TikTok sebelum ini, Dr. Say berkongsi pendapatnya mengenai perkara ini dan mendapat pelbagai reaksi daripada pengguna media sosial.
“Majoriti merasakan ibu itu berada dalam tekanan dan ada juga segelintir merasakan ibu tu memang berniat untuk membunuh anaknya.”
Selepas itu, bapa yang mempunyai tiga orang anak ini berkongsi pengalamannya semasa menjaga isteri dan anak-anak semasa tempoh berpantang.
“2019 bila isteri saya melahirkan anak pertama kami, saya dan isteri nak berpantang sendiri dekat rumah sebab tak nak susahkan ibu bapa kami yang sudah lanjut usia.”
“Masa tu tak ambil confinement lady, apatah lagi duduk confinement centre sebab tak mampu. Kos bersalin (emergency) caesar habis dekat RM20,000.”
Dia mengatakan bahawa tidak senang untuk menjaga seorang bayi, dan dia serta isterinya juga merasa sangat tertekan.
“Dua bulan saya kosongkan jadual saya untuk teman bini saya berpantang dan dua bulan itu adalah yang sangat teruk.”
“Tak kira berapa kali kami bertelagah akibat stres tak cukup tidur, baby meragam tengah-tengah malam.”
“Pukul 5 pagi hampir tiap-tiap hari saya drive dengan baby untuk tidurkan dia dan paling teruk saya tergoncang baby sebab stres. Dia menangis tak henti.”
“Yang dah follow saya lama mesti ingat posting yang saya ‘koyak’. Tidak pernah dalam hidup saya merasakan tekanan yang sangat besar sehingga menjadikan saya agresif dan impulsif.”
Oleh itu, Dr. Say menasihatkan semua orang supaya tidak menghakimi atau menyalahkan kejadian yang menimpa ibu dan anak itu.
“Saya yang teman isteri berpantang dua bulan pun begitu jadinya. Bayangkan ibu ibu yang berpantang seorang diri tanpa support sistem di sisi.”
“Siapa kita untuk menghukum apa yang seorang ibu sedang alami dan jika awak tak ada perkara yang baik untuk dikatakan lebih baik diam sahaja.”
Melihat komen-komen di ruangan, kebanyakan orang dalam komuniti ibu setuju dengan pendapat Dr. Say dan juga menceritakan pengalaman mereka semasa berpantang.
@say_shazril0Selagi mana kita tak berada dalam kasutnya kita takkan tahu apa yg ibu tu went through. Sy berpeluang berpantang 2 bulan fully bersama bini berdua back in 2019 & ia satu pengalaman paling gelap dalam hidup sy jadi i can understand what the mother is going through. Kita doakan yg baik2 untuk anaknya yg telah meninggal dunia dan untuk semua yg suffering from mental illness. If by any chance korang nak bercakap dengan counsellor, bolehlah download app Plus Vibes. This is not a paid review, this is to help others who are in need of a shoulder to lean on out there. ♬ Music box and background music for sad scenes(1345342) – syummacha
Baca :
Ruhainies ‘suka’ hantaran ibu Aliff Aziz curi tumpuan mak cik bawang
Jelas nampak ‘asap’ bukannya edit, itu sebab masuk tandas kena sentuh dulu air
Makin besar kepala! Warga asing pelopori industri sayur secara haram