Betul ke roti boleh wangikan peti sejuk?
Semua orang biasanya membeli makanan dan menyimpannya di dalam peti sejuk.
Kadang-kadang lupa bahawa ada yang sudah tamat tarikh luput sehingga mengeluarkan bau yang tidak menyenangkan sehingga mempengaruhi bau keseluruhan peti sejuk.
Namun, tahukah anda, roti boleh membantu menyegarkan semula peti sejuk anda.
Jika terdapat roti yang tidak habis dimakan, jangan terus dibuang.
Anda hanya memerlukan dua bahan sahaja:
• Roti
• Soda bikarbonat.
Caranya:
1. Taburkan serbuk soda bikarbonat di atas sekeping kertas, letakkan di dalam peti sejuk, dan letakkan beberapa keping roti bersama-sama.
2. Buka pintu peti sejuk dan biarkan semalaman tanpa memasukkan sebarang barang di dalamnya.
Hasilnya akan kelihatan pada keesokan harinya, bau busuk peti sejuk akan hilang dengan serta-merta.
Selamat mencuba.
Baca:
Warga emas sambut hari jadi ke-80 dengan Tunku Azizah, siap dibelanja makan & dapat hadiah
PAS kecoh kantin sekolah dibuka, minta pelajar ‘non-muslim’ bawa bekal