Realtime website trackingweb stats

Jangan buang lebihan makanan berbuka! ini cara panaskannya untuk juadah sahur, rasa masih sama

Oleh AHMAD ISMAIL

Adalah biasa untuk memiliki lebihan makanan selepas berbuka puasa.

Tetapi, tidak perlu buang makanan tersebut kerana boleh dipanaskan semula untuk dimakan semasa sahur.

Namun, ada cara-cara tertentu yang perlu diikuti agar makanan tidak menjadi kering semasa dipanaskan semula. Ini adalah beberapa cara yang disyorkan.

Jangan buang lebihan makanan berbuka ini cara panaskannya untuk juadah sahur rasa masih sama

CARA PANASKAN MAKANAN SEBELUM MENGAMBIL SAHUR, BIAR RASA TETAP ENAK!

1. Panaskan menggunakan microwave

Satu kegunaan penting ketuhar gelombang mikro atau microwave adalah untuk memanaskan makanan.

Pada dasarnya, anda boleh panaskan semula makanan yang tidak mempunyai kulit kering dan rangup, seperti kentang goreng, pasta, dan mi.

Anda juga boleh panaskan sup, rebusan, kari, dan makanan tumis.

Pastikan anda menggunakan bekas makanan yang selamat untuk dipanaskan dalam microwave dan hindari menggunakan peralatan masakan dari logam, kerana gelombang mikro tidak dapat menembus logam.

2. Panaskan semula di atas dapur

Kelebihan makanan yang dimakan semasa berbuka juga boleh dipanaskan semula di atas dapur. Malah, memanaskan makanan di atas dapur dianggap sebagai cara terbaik untuk mengembalikan tekstur dan rasa masakan kepada keadaan asal.

Pastikan api dalam keadaan sederhana dan kacau makanan dengan perlahan supaya tidak hancur.

3. Lapis bekas dengan aluminium dan panaskan guna oven

Jika korang ada ketuhar atau oven di rumah, korang boleh gunakan alat itu untuk panaskan makanan sisa.

Ketuhar boleh sebarkan haba secara merata ke seluruh makanan.

Terutamanya untuk makanan yang dipanggang, prinsip asas pemanasan ialah panaskan mengikut cara makanan itu dimasak.

Gunakan suhu rendah, lebih kurang 175 darjah Celsius.

Untuk daging panggang, panaskan selama 20 minit, dan untuk makanan lain, 10-15 minit cukup.

Tutup makanan dengan aluminium foil supaya tidak kering.

MAKANAN APA TAK BOLEH DIPANASKAN?

Pemanasan makanan adalah praktikal dan menjimatkan masa.

Namun, sayangnya, proses ini boleh menyebabkan kehilangan pelbagai nutrisi penting dan juga boleh menghasilkan bahan beracun dalam makanan.

Secara umumnya, makanan yang tidak sesuai untuk dipanaskan semula mengandungi kadar nitrat yang tinggi.

Sebagai contoh, makanan yang digoreng. Kemungkinan besar, ia masih mengandungi minyak.
Jika dipanaskan semula, ia boleh menyebabkan pembentukan aldehid yang membawa kepada penyakit kronik.

Berikut adalah beberapa jenis makanan yang tidak sesuai untuk dipanaskan semula:

– Bayam
– Seleri
– Lobak
– Buah-buahan
– Kentang

Semoga maklumat ini berguna untuk anda!

Baca:

Netizen dakwa Datuk Red kena kifarah, dedah diri bankrap sejak 5 tahun lepas

Mangga terlebih masak jangan dibuang, ini cara mudah buat agar-agar mangga yang sedap

Budak di kedai ditanggalkan baju dan ditampar, inilah rupa pendudukan tentera