Realtime website trackingweb stats

Jangan asal murah je terus beli, ini kesan makan telur pecah ramai tak tahu

Oleh SHAZLIN AZIZ

Telur merupakan bahan mentah yang penting dalam setiap peti sejuk rumah.

Mudah dan cepat disediakan, telur menjadi penyelamat dalam pelbagai situasi untuk ibu-ibu dan golongan bujang.

Namun, jangan abaikan pentingnya memilih telur dengan betul.

Jangan terpengaruh dengan harga yang murah sehingga membeli telur tanpa memerhatikan jenisnya.

Mungkin ada kedai di sekitar anda yang menjual telur pecah dalam plastik dengan harga yang murah. Namun, sejauh mana telur pecah ini selamat untuk dimakan?

Jangan asal murah je terus beli, ini kesan makan telur pecah ramai tak tahu

Menurut Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, telur yang tercemar dengan bakteria salmonella adalah penyebab utama keracunan makanan yang boleh mengancam nyawa, terutama kepada ibu mengandung, warga tua, dan kanak-kanak.

Salmonella boleh terdapat dalam usus ayam dan boleh dijangkiti oleh telur melalui pelbagai cara, seperti melalui baja, ladang, najis semasa pengangkutan, penyembelihan, dan pemprosesan ayam di kilang.

“Pencemaran boleh berlaku pada pelbagai tahap, termasuk pemprosesan telur pecah, penyimpanan untuk jualan, pengendalian semasa pembotolan, dan pemprosesan di kilang.

Bagaimana telur tersebut disediakan dan disimpan di rumah selepas dibeli dari kedai juga penting untuk dipertimbangkan,” kata Jabatan Kesihatan WP Labuan.

Justeru, penting untuk membuat penilaian risiko keselamatan makanan dan memastikan telur pecah yang dibeli adalah selamat untuk dimakan.

BACA: Nampak macam patung Star Wars biasa, nilai sebenar lebih RM2 juta!