Realtime website trackingweb stats

Jambatan Marang payah nak bina, tapak bekas IPD berhantu angkara bomoh, seram dengar cerita pesara tentera ini

Oleh SHAZLIN AZIZ

Kerja membina jambatan Marang yang tergendala sebelum ini rupanya disebabkan tapak bekas Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Marang berhampiran Sungai Marang berhantu.

Banyak gangguan menyeramkan berlaku semasa kerja-kerja pembersihan di kawasan balai itu sehinggalah perawat Islam dipanggil untuk mengusir makhluk halus itu pada September lalu.

Sekarang, halangan yang merencatkan kelancaran projek jambatan baru Sungai Marang sepanjang 2.5 kilometer itu sudah tidak ada lagi.

Kerja-kerja pembersihan sudah dilakukan termasuk memindahkan kira-kira 40 kubur lama yang ditemui di situ, lapor Harian Metro, 17 Oktober.

Seorang penduduk, Abu Bakar Abd Ghani, 66, berkata, kawasan tapak balai itu suatu ketika dulu adalah tanah perkuburan lama dengan sebahagian kubur sudah dipindahkan selepas kerajaan mahu membina jalan dan jambatan.

Beliau berkata, sebelum adanya jambatan, orang dulu menggunakan feri yang ditarik dengan kabel untuk menyeberangi Sungai Marang.

Dakwanya, entiti mistik yang berlaku dikatakan ada kaitan dengan seorang bomoh pemuja jin yang tinggal bersebelahan balai itu.

“Sebenarnya polis tahu aktiviti bomoh berkenaan tetapi tidak boleh menangkapnya kerana kawasan itu sudah ‘dikawal’ dengan aktiviti pemujaan.

“Bomoh terbabit dikatakan menanam tengkorak manusia yang dibalut dengan kain kuning di kawasan pintu masuk balai bertujuan untuk mengawal seluruh kawasan berkenaan,” katanya.

Pesara tentera itu mendakwa mengenali bomoh terbabit berikutan lelaki itu pernah bekerja sebagai nelayan dengan arwah bapanya.

Namun, ujarnya, persahabatan mereka terputus kerana arwah bapa tidak bersetuju dengan amalan lelaki berkenaan.

Jelasnya, bomoh terbabit memuja jin dan sihir yang bercanggah dengan Islam.

“Dia (bomoh) berasal dari Siam (Thailand) dan mempelajari ilmu berkenaan daripada bapa angkat di Siam sebelum masuk ke sini (Terengganu) dan memeluk Islam.

“Ketika masuk dulu (Terengganu) dia tinggal di Besut kemudian pindah ke Batu Rakit selepas penduduk kampung menghalaunya selepas kerja bomoh yang dilakukan terbongkar sebelum menetap di sini (Marang).

“Arwah bapa pernah memberitahu saya terdapat tengkorak manusia yang dibalut dengan kain kuning dan rangka lengan budak yang diletakkan dalam buluh dalam rumahnya,” kata Abu Bakar lagi.

Jentera tersusun

Jambatan Marang payah nak bina, tapak bekas IPD berhantu angkara bomoh, seram dengar cerita pesara tentera ini

Sementara itu, seorang pekerja tapak pembinaan yang enggan dikenali mendakwa, mereka tidak dapat melakukan kerja pembersihan di kawasan itu kerana dikatakan terdapat banyak ‘halangan’.

Menurutnya, jentera yang digunakan untuk kerja pembersihan kerap rosak tetapi apabila dihantar untuk dibaiki didapati tiada kerosakan.

Ceritanya, sebelah siang jentera dibawa turun, esoknya ada atas balik, tersusun seperti asal sekaligus menyebabkan mereka tidak boleh buat kerja.

“Alhamdulillah, selepas usaha dilakukan seorang ustaz, kawasan ini sudah pulih daripada entiti mistik dan kerja pembinaan kini sudah berjalan lancar.

“Kawasan semak sudah dibersihkan termasuk memindahkan beberapa kubur lama, cuma bangunan saja belum dapat dirobohkan, bukan kerana gangguan mistik tetapi beberapa sebab lain kerana ia masih hak milik kerajaan,” katanya.

Sehubungan itu, pekerja terbabit berharap orang ramai tidak lagi mengaitkan kawasan balai itu dengan cerita-cerita misteri kerana kawasan tersebut sudah aman dan kerja-kerja pembinaan pun sudah berjalan seperti biasa.

@dikyahijab_styleReplying to @blood_bloody30 #balaipolislamamarang #jambatanmarangbaru #ustazariffinayub #fypシ゚viral #paranormal #fypppoppppppppppppppppppシ♬ bunyi asal – DIKYA HIJAB STYLE – DIKYA HIJAB STYLE

Baca:

Mufti Perlis jawab dakwaan ulama yang menghukum perkahwinan Sabri dengan Angeline tak sah

Fakta penting tentang kekejaman Israel terhadap Palestin, orang Islam wajib ambil tahu

“Ini satu penghinaan terbuka, tunggu saman saya”- Aishah