Realtime website trackingweb stats

Jalan raya di 59 negara dinilai, cuba cari Malaysia nombor berapa, kadar kematian pun menakutkan

Oleh NOR SITI HAZLINDA

Malaysia rupanya salah satu negara yang mempunyai jalan raya terburuk seperti disenaraikan dalam satu laporan kajian yang diterbitkan September tahun lalu.

Analisis ‘Worst and Best Roads – US and International Ranking’ itu menyebut Malaysia di nombor 48 daripada keseluruhan 59 negara yang dikaji.

Kedudukan itu sekaligus meletakkan Malaysia di tangga ke-12 terbawah dalam kalangan negara yang memiliki jalan raya terburuk.

Kajian dilakukan firma pendidikan pemandu, Zutobi itu memaklumkan mutu jalan raya di Malaysia menurun lebih 5 peratus dalam tempoh 2017 hingga 2022.

Jalan raya di 59 negara dinilai, cuba cari Malaysia nombor berapa, kadar kematian pun menakutkan

Dalam masa sama, menurut data firma itu lagi, jumlah kematian jalan raya di Malaysia direkod kedua tertinggi iaitu 22.76 bagi setiap 100,000 orang selepas Arab Saudi dengan kadar 36.13.

Analisis kajian itu memberikan Malaysia skor keselamatan keseluruhan 3.32 daripada 10 berdasarkan empat faktor iaitu kualiti jalan raya, peningkatan kualiti jalan raya, kematian jalan raya, dan saiz relatif rangkaian jalan raya.

Kuwait pula disenaraikan dalam kumpulan negara yang mempunyai jalan raya paling buruk di dunia, diikuti Costa Rica, Georgia, Panama dan New Zealand.

Jalan raya di 59 negara dinilai, cuba cari Malaysia nombor berapa, kadar kematian pun menakutkan

Jalan raya di 59 negara dinilai, cuba cari Malaysia nombor berapa, kadar kematian pun menakutkan

Negara yang terletak di pantai Teluk Arab itu juga mencatatkan jumlah kematian jalan raya ketiga tertinggi bagi setiap 100,000 orang iaitu hampir 19.

Jalan raya di 59 negara dinilai, cuba cari Malaysia nombor berapa, kadar kematian pun menakutkan

Jalan raya di 59 negara dinilai, cuba cari Malaysia nombor berapa, kadar kematian pun menakutkan

Jalan raya di 59 negara dinilai, cuba cari Malaysia nombor berapa, kadar kematian pun menakutkan

Sementara itu, Singapura disenaraikan sebagai negara yang mencatatkan skor keseluruhan teratas dari segi kualiti jalan raya iaitu 9.44 daripada 10.

Jiran Malaysia di selatan Semenanjung itu juga dilapor merekodkan kadar kematian jalan raya terendah iaitu 1.69 bagi setiap 100,000.

Empat lagi negara yang mencatatkan skor kualiti jalan raya tertinggi ialah Belanda dengan 8.62 daripada 10, diikuti Switzerland (8.58 peratus), Japan (8.41) dan Denmark (7.59).

Baca:

“Cukup-cukuplah berbohong dan play victim” bekas kekasih gelap mahu Beckham jujur

Tahniah! Usaha boikot berjaya buat 3 syarikat gergasi pro Zionis alami kerugian

“Masalah ini sudah jadi terlalu besar, saya tak mahu campur”- Shila Amzah