Zul (2 by 2) meluahkan rasa syukur apabila isterinya, Intan Maya, semakin pulih daripada masalah kesihatan yang dipercayai berpunca daripada gangguan ilmu hitam.
Menurut Zul, atau nama sebenarnya Zulkefli Majid, 52, perubahan ketara pada Maya, 41,
Perkara tersebut mula terlihat selepas mereka berpindah dari rumah lama mereka di Cheras ke Semenyih pada September tahun lalu.
“Alhamdulillah, sejak kami berpindah, keadaan Maya semakin baik. Perbezaannya sangat ketara.
Dia tidak lagi mengalami mimpi buruk atau gangguan lain. Sebelum ini, untuk keluar bilik sendirian pun dia takut,” katanya kepada mStar.
Sebagai suami, Zul tidak dapat menahan sebak apabila mengenangkan kesengsaraan yang dialami Maya sebelum ini. Dia turut berusaha dengan pelbagai cara untuk membantu isterinya pulih.
“Dulu, di rumah lama, Maya sering jatuh sakit. Saya sampai menangis melihat penderitaan dia. Saya cuba macam-macam, termasuk memanggil ustaz untuk berubat dan mencari daun-daun herba yang susah didapati demi kesihatannya,” jelas Zul.
Untuk rekod, Zul dan Maya berkahwin pada 22 Februari 2022 selepas lapan bulan bertunang.
Dalam perkembangan lain, Zul berkongsi rasa teruja apabila sedang menyiapkan sebuah single baharu untuk anak didiknya, Chef Shah,
seorang pempengaruh yang ditemuinya menerusi uji bakat di TikTok. Zul mengakui tertarik dengan bakat Shah dan percaya dia mempunyai potensi besar sebagai penghibur.
BACA: Gerakan tidak setuju dengan Ulama PAS bahawa PAS lebih layak jadi PM