Realtime website trackingweb stats

Isteri ingatkan kerjaya dalam bidang hiburan tak kekal lama, ini persediaan masa depan Mawi

Oleh NOR SITI HAZLINDA

Isteri penyanyi yang pernah mencipta fenomena ‘Mawi World’ ini kerap mengingatkan bahawa kerjaya dalam bidang hiburan tidak kekal lama.

Atas nasihat isterinya itu, Mawi, 43, membuat persediaan masa depan dengan mengeluarkan produk kesihatan Mawi x Bajunid.

Bintang rancangan realiti TV ‘Akademi Fantasia 3’ tahun 2005 itu menerima hakikat kerjaya dalam industri hiburan ada pasang surutnya.

 Isteri ingatkan kerjaya dalam bidang hiburan tak kekal lama ini persediaan masa depan Mawi 01

Suami Nora Asyikin Rahmat atau dikenali Ekin itu sedar dia perlu mencari alternatif lain bagi mencari pendapatan.

Mawi yang juga pelakon dan pengarah berkata, dia perlu pandai mencari peluang-peluang yang ada dan banyak dibantu Ekin dalam urusan ini.

“Apa yang boleh saya buat, saya buatlah antaranya menerusi perniagaan. Isteri saya pula jenis tak boleh duduk diam. Ada saja perniagaan yang dia buat.

“Dia yang banyak galakkan saya untuk berniaga dan selalu ingatkan kerjaya dalam bidang hiburan tak kekal lama.

“Jadi, saya ambil keputusan keluarkan produk kesihatan Mawi x Bajunid sebagai persediaan masa depan.

“Sebelum ini saya hanya jadi duta produk orang, sekarang saya keluarkan produk sendiri,” ujarnya, lapor Harian Metro.

Andak Felda Taib Andak di Kulai, Johor itu berkata, tawaran menyanyi masih diterima.

Namun, dia yang pernah mengalami gangguan penyakit misteri sehingga tidak sedarkan diri selama 15 minit seolah-olah ‘mati’ itu mengehadkan pada Jumaat sehingga Ahad sahaja kerana selebihnya dia bekerja.

“Hari biasa saya bertugas sebagai penyampai radio Zayan FM. Saya bersyukur kerana ada pendapatan bulanan. Nyanyian pula rezeki lain sekarang.

“Dulu dahsyat sangat perginya. Lepas AF, empat lima tahun selepas itu boleh dapat jumlah tak masuk akal. Bayaran sampai RM80,000 pun orang tak kisah janji saya datang.

“Sekarang saya jalan saja. Alhamdulillah, masih ada rezeki. Tiap-tiap minggu ada orang panggil. Macam-macam tawaran termasuk yang pelik-pelik.

“Majlis kahwin pun ada jemput saya. Yang penting memang bayarannya bukan biasa-biasa,” tambah Mawi lagi.

Baca:

Pasang CCTV cepat denda siapa yang buang sampah, keadaan teruk Sungai Klang tak patut dibiar

Tak perlu minyak! Proses masak ikan singgang tidak renyah jika ikut cara ini

Seteguk ‘ginger shot’ setiap pagi dapat jaga dalaman, ini cara mudah DIY di rumah