Demi isteri baru, seorang ketua kampung di Magetan, wilayah Jawa Timur sanggup menyerahkan mas kahwin berupa seluruh harta miliknya.
Lapor laman berita Detik, duda berkenaan mengahwini janda bernama Sukatin, 45.
Nur Hidayat, 58, yang merupakan bapa dua anak itu berkata, semua hartanya merangkumi rumah, tanah sawah dan kenderaan.
Dedah Hidayat, harta yang dimilikinya selepas berkahwin dengan arwah isteri pertamanya berjumlah lebih 3 bilion rupiah (RM902,569).
Tambah mengundang perhatian warganet, mas kahwin yang diserahkan kepada Sukatin mendapat persetujuan dua anak Hidayat.
“Benar, saya menyerahkan seluruh harta benda kepada isteri sebagai mas kahwin.
“Kedua-dua anak saya mengizinkan saya untuk menyerahkan mas kahwin tersebut,” kata datuk kepada dua orang cucu itu lagi.
Baca:
Pasang CCTV cepat denda siapa yang buang sampah, keadaan teruk Sungai Klang tak patut dibiar
Tak perlu minyak! Proses masak ikan singgang tidak renyah jika ikut cara ini
Seteguk ‘ginger shot’ setiap pagi dapat jaga dalaman, ini cara mudah DIY di rumah