Realtime website trackingweb stats

Inspektor Sheila akhirnya kecundang selepas menteri bersuara. Ini hukuman yang dikenakan kepadanya

Oleh ADINDA

Inspektor Sheila akhirnya kecundang selepas menteri bersuara. Ini hukuman yang dikenakan kepadanya.

Selepas viral macam-macam video yang menunjukkan perangai sombong dan bongkak, Inspektor Sheila akhirnya menerima padah apabila dikenakan tindakan disiplin. Itulah orang kata, lain kali jangan sombong melangit sangat, kerana akhirnya jatuh nanti ke tanah jua.

Menjadi buah mulut orang ramai sejak minggu lalu apabila seorang wanita yang mendakwa dirinya sebagai pegawai kanan polis memperlekeh dua anggota polis berpangkat Lans Koperal.

Isu menjadi lebih panas apabila tular beberapa video lain di tempat parkir dan Balai Polis Seri Petaling di mana beliau sekali dilihat membuat kecoh. Terbaharu, pegawai polis yang dikenali sebaga Inspektor Sheila dilaporkan telah digantung tugas.

Menurut Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata pegawai polis wanita terbabit ditahan kerja sejak minggu lalu dan arahan itu berkuat kuasa sehingga proses siasatan ke atasnya selesai.

Inspektor Sheila akhirnya kecundang selepas menteri bersuara. Ini hukuman yang dikenakan kepadanya

Menurut beliau, setakat ini terdapat dua kertas siasatan polis dibuka terhadapnya, masing-masing satu mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan Seksyen 186 kanun sama.

“Proses rakam percakapannya sudah diambil pada 18 Jun lalu dan kedua-kedua kertas siasatan sudah dirujuk

“Pada masa sama, sebanyak enam kertas siasatan tatatertib dibuka oleh Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIP) Bukit Aman berkait kes yang dihadapinya,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Negara dan Timbalan Ketua Polis Negara di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) di sini, hari ini.

Dilaporkan enam kertas siasatan tatatertib oleh JIPS itu adalah berkaitan dengan beberapa video yang tular dalam kejadian di Taman Sri Gombak dan juga video tular pegawai itu bertengkar dengan orang awam, baru-baru ini.