Berbuat baik kepada sesama manusia adalah suatu amalan yang sangat penting dalam agama dan masyarakat kita.
Namun, lebih baik lagi jika amalan kebaikan tersebut tidak mengambil kira warna kulit atau keturunan seseorang.
Melalui satu posting yang viral di Facebook, seseorang telah menerima pujian yang ramai kerana memberi makanan kepada seorang pekerja keselamatan yang didakwa merupakan warga asing.
Lelaki tersebut menghargai usaha yang telah dilakukan oleh pekerja keselamatan tersebut dalam mencari nafkah untuk menyokong keluarganya di negara asalnya.
Ia lebih menyentuh hati kerana pekerja keselamatan tersebut sanggup makan nasi kosong untuk mengurangkan perbelanjaan daripada gaji yang diterimanya.
“Insan terpilih abang ni, kerja rajin. Gaji sama banyak dengan pengawal keselamatan lain, tapi nampak dia makan nasi putih dengan kuah air masak je. Lauk dia cuma ada bawang besar, saya ulang bawang besar ya.
“Katanya dia buat macam ni sebab nak pastikan belanja makan dia tak lebih RM100. Baki gaji semua nak hantar ke kampung, sayang betul dekat keluarga dia.
“Aku kadang kalau ada rezeki lebih aku akan belanja dia makan, semoga dipermudahkan segala urusan abang pengawal keselamatan ni,” katanya.
Apabila kita melihat kepada komen-komen yang ditinggalkan oleh warganet, kebanyakan daripada mereka mendapat inspirasi dalam pengorbanan pekerja pengawal keselamatan ini.
“Kenapa kita nak kesian pula, kita duduk negara sendiri, tak akan nak makan macam dia. – WARGA MAYA
“Terima kasih banyak tolong dia. Semoga dipermudahkan segala urusan, ini perkara biasa untuk golongan marhaen tak kira la bekerja dalam atau luar negara, demi kelangsungan hidup dan tanggungjawab.
“Orang yang pernah hidup susah je tahu peritnya situasi ni, pentingkan anak-anak dan isteri dulu, semoga dimurahkan rezeki abang ni.
“Bagus la, kita boleh ambil pengajaran dari sini terutamanya untuk para suami, sanggup bersusah untuk keluarga, jangan jadi biawak hidup je,” kata sebahagian warga maya.
Ada juga individu dalam talian yang tidak menghargai pengorbanan pekerja pengawal keselamatan tersebut.
“Tak kisah la dia nak makan apa, itu pilihan masing-masing. Tak perlu bersimpati, dia duduk negara kita tak kena bayar apa-apa pun.
“Kenapa kita nak kesian pula, kita duduk negara sendiri, tak kan nak makan macam dia. Ini tanah kita, hak kita. Contoh kalau kita pergi kerja Jepun, tak kan nak melahap 400 sushi sehari pula,” kata warga maya.
Baca :
Jalan raya di 59 negara dinilai, cuba cari Malaysia nombor berapa, kadar kematian pun menakutkan
“Suami orang mana yang saya dah main tu?”- Shakilla berang dituduh berzina