Realtime website trackingweb stats

Inovasi produk elektrik ALSF buka 5.6 juta peluang pekerjaan

Oleh ADINDA

Pelaksanaan meluas teknologi Advanced Lightning Surge Fire (ALSF) dijangka mempunyai impak yang signifikan di pelbagai sektor, termasuk pemilik rumah, hartanah komersial, kilang, pembangun, pusat data, solar, dan industri kenderaan elektrik.

Penyebaran pada skala besar ini akan memerlukan perkhidmatan pembuatan, pemasangan, penyelenggaraan, dan sokongan, yang berpotensi menghasilkan sekurang-kurangnya 5.6 juta peluang pekerjaan.

Pengenalan ALSF dijangka merevolusikan keselamatan elektrik, menyelamatkan nyawa, pertumbuhan ekonomi, dan peluang pekerjaan yang besar. Pada hakikatnya, ALSF mempunyai potensi untuk membentuk masa depan yang lebih selamat dan lebih kukuh.

Inovasi produk elektrik ALSF buka 5.6 juta peluang pekerjaan

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif, R. Bhaskar, pandemik Covid-19 yang melanda dunia 3 tahun lalu telah menghadkan peluang pekerjaan kepada golongan sasar terutama belia.

Justeru, menurut ALSF, terdapat potensi untuk menawarkan jutaan peluang pekerjaan dalam pelbagai bidang termasuk sektor elektrik dan elektronik, pengurusan, pemasangan, dan banyak lagi melalui penghasilan produk terbaharu yang dilancarkan semalam.

Teknologi produk terbaharu telah dipatenkan di Malaysia and Dunia, dan produk tersebut merupakan satu peranti elektrik rekaan dengan teknologi terbaharu yang masih belum diguna oleh mana-mana negara dan dinamakan Advance Lightning Surge Fire (ALSF) atau dikenali sebagai “Advance RCCB”.

Produk revolusioner ini direka khas untuk mengesan dan mencegah kebakaran elektrik dalam sistem pendawaian, menyediakan perlindungan menyeluruh untuk keselamatan nyawa dan peralatan elektrik.

ALSF (Advance RCCB), melindungi daripada kilat, lonjakan mendadak arus elektrik, keluaran voltan yang berbeza, kebocoran bumi, dan kerosakan, memastikan keselamatan nyawa dan harta benda. Selain itu, produk ini tidak memerlukan penyelenggaraan berkala.

Menekankan ciri keselamatan yang tinggi, produk keluaran ALSF ini boleh mengelakkan kebakaran akibat litar pintas selain mengelakkan kerosakan barangan elektrik.

Jelas R. Bhaskar, pihaknya telah mematenkan produk mereka di Malaysia dan Dunia dan telah diuji serta diluluskan oleh SIRIM dan suruhanjaya tenaga.

Dengan pelancaran produk terbaru ini, ALSF mengharapkan sokongan Kerajaan Madani dalam mengangkat produk tempatan ke peringkat global.

Kehadiran produk baharu ini dalam pasaran bukan sahaja diharap bakal merancakkan ekonomi negara, malah turut memberi kesedaran kepada rakyat tentang kepentingan keselamatan dalam penggunaan produk elektrik kediaman mahupun premis perniagaan.

Baca:

Selama ni asyik kecut, rupanya ada rahsia masak sotong supaya nampak besar dan segar

Pengasas burger cerita pernah ‘curi’ daging, ayam makmal bagi kawan-kawan makan

Banyak kes jubin lantai meletup, pastikan buat ini dahulu sebelum pasang