Realtime website trackingweb stats

Ini tip penting nak halau lalat di rumah hanya guna bahan dekat dapur sahaja!

Oleh NOR SITI HAZLINDA

Mesti rimas bila tengah siang ikan atau potong ayam, ada sahaja lalat yang menyinggah hingga rasa tak selesa nak masak.

Apatah lagi jika yang datang tu lalat hijau, sudahlah besar, bising pula di telinga hingga hilang tumpuan.

Bagi mereka yang sering alami masalah ini, boleh gunakan petua yang dikongsikan pengguna Lemon8, Jue H.

“Lalat yang terbang kat kawasan dapur sebab bau sampah memang buat kita sakit mata.

Bila dapur berbau, lalat memang mudah untuk datang dan hinggap di kawasan yang dia gemar.

Ini tip penting nak halau lalat di rumah hanya guna bahan dekat dapur sahaja!

“Hari ni saya nak kongsi cara mudah untuk halau lalat guna bahan kat dapur je,” tulis pengguna Lemon8.

Tip halau lalat

Bahan-bahan:

Kulit kayu manis
Buah pelaga
Bunga cengkih
Cara buat:

Masukkan semua bahan ke dalam bekas kecil.

Letakkan sedikit air.

Letakkan di atas meja makan.

“Lalat akan menjauh dari kawasan dapur sebab tak tahan dengan bau campuran tadi.

“Kalau kawasan dapur besar, boleh letak di beberapa sudut dapur yang lain,” tambah pengguna tersebut.

Selamat mencuba!

Baca juga: ‘Din nak pergi mana? Abah nak ikut. Boleh abah ikut?’ Perkongsian lelaki ini buat ramai sebak