Realtime website trackingweb stats

Ini senarai soalan ‘wajib tanya’ sebelum beli kereta baharu, dah boleh panaskan group komuniti

Oleh SHAZLIN AZIZ

Ini senarai soalan ‘wajib tanya’ sebelum beli kereta baharu, dah boleh panaskan group komuniti.

Seorang pengguna Twitter berkongsi tips cara pemilihan kereta baru yang betul.

Bila nak beli kereta baru, mesti banyak persoalan yang terlintas. Kena ingat bahawa persoalan ni menjadi lumrah semulajadi kepada semua orang yang ingin membeli kereta.

Dia dah plan nak beli kereta, kemudian tanya soalan..

Proton ke perodua?
Saga ke bezza?
Ativa ke x50?
X50 or WRV?
BMW or HONDA?
Toyota or…

Sebenarnya, korang salah tanya soalan tu.

Soalan apa yang patut ditanya sebelum beli kereta?

1. KOMITMEN MASA DEPAN

Ni penting. Ramai orang beli kereta hanya fikir situasi semasa. Tak ramai yang fikir masa depan.

Kenapa perlu fikir masa depan?

Kereta ni ada maintenance cost.
Kena servis berkala
Kena beli insurans

Kena beli roadtax
Kena baiki kerosakan

Jadi fikir 2 kos je dulu, iaitu kos servis & kos insurans/roadtax

Kalau brand lokal, murah,
Kalau import/recond, comfirm mahal.

Kau mampu tak renew insurans & roadtax bmw rm5k setahun?

Kalau mampu, beli la.
Kalau tak mampu, beli myvi je.

Kalau nak servis setiap 3 bulan, berapa korang mampu keluar duit?

Kang bila kena servis rm1000, korang viral pulak service center cekik darah.

Korang yang tak mampu, kenapa beli kereta honda & toyota?

Gitu la ceritanya untuk hal masa depan ni.

So, fikir la baik-baik ya.

2. BENGKEL/SERVICE CENTRE TERDEKAT

Ni pun penting. Kalau korang duduk di lokasi yang tak ada Service Centre berdekatan, janganlah gatal tangan beli kereta tu.

Kenapa?

Kalau rosak, kena masuk SC untuk claim warranty.

Kalau ada yang dekat rumah, insyaallah mudah kerja nanti.

Kalau beli kereta recond, kena cari bengkel yang pakar brand tu sahaja dan perlu berdekatan dengan rumah

Kalau ada, serius akan mudah hidup kau di masa depan.

Sc & bengkel ni, kena cari sebelum beli ye. Kalau dah beli, mungkin dah terlambat.

3. GROUP KOMUNITI

Ini fakta paling menarik.

Kalau kereta mewah yang khas untuk orang kaya, group kurang aktif.

Kalau kereta marhaen, untuk rakyat marhaen, group sangat aktif.

Why?

Orang kaya beli kereta, pakai je.

Orang marhaen, beli kereta kemudian make up & show off.

Berdasarkan pengalaman, serius boring gila group kereta mewah ni.

Aku tak pernah la beli kereta mewah, tapi aku dah pernah masuk group diorang.

Sunyi sepi.

Sebulan mungkin ada 1 je orang post.
Group wasap mati terus.

Reasonnya, buyer kereta mewah semua dah berumur.

Diorang tak layan sosial media pun. Beli, pakai dan dok diam-diam di rumah.

Orang kaya kan, mana ada masa nak show off.

So, kalau korang nak beli kereta, cari la group yang aktif supaya boleh tengok segala masalah kereta dan solusi yang betul.

Kalau proton perodua tu, sangat aktif wooo

Ni mesti akan ada yang tanya
“Kau kaya sangat ke beli semua brand kereta?”

Owh tak, aku beli kereta sbb aku suka kereta.

Dan aku beli bukan sekaligus.

Aku beli, kemudian jual
Beli lagi, kemudian jual
Beli lagi, jual balik

Gitu la kehidupan orang yang mencari kereta paling selesa.

Baca:

Berpantang maut sebelum ajal, bayi setahun bingung keluar dari lori remuk cari ibunya

Bangkai makhluk asing didakwa berusia 1,000 tahun jadi bahan polemik di Mexico

Elok puji staf pejabat pos tapi hujung coretan pula mengundang berang kaum Hawa