Ini sejarah ikan buntal dan cara nak makan yang ramai masih tak tahu. Ikan Buntal yang juga disebut ‘ikan fugu’ yang tergolong ke dalam satu jenis racun semulajadi yang paling bahaya dan mematikan di dunia.
Jumaat lalu, seorang wanita maut manakala suaminya dimasukkan ke Unit Rawapan Rapi (ICU) Hospital Enche’ Besar Hajjah Kalsom (HEBHK), di Kluang, Johor selepas dikatakan memakan hidangan ikan buntal.
Kenapa ikan buntal beracun dan boleh membawa maut?
Ikan buntal atau pufferfish adalah sejenis ikan yang ramai mengenalinya dari famili Diodontidae dan iaitu dalam order Tetraodontiformes yang sering dijumpai di negara kita.
Ia juga disebut ‘ikan fugu’ yang tergolong ke dalam satu jenis racun semula jadi yang paling bahaya.
Ikan buntal sering kali digunakan sebagai bahan makanan dalam masakan di Jepun seperti sushi atau sashimi.
Disebabkan oleh kandungan racun tetrodotoksin di dalamnya maka memang tidak semua orang boleh mengolah ikan unik itu menjadi hidangan yang lazat.
Dalam kalangan masyarakat di pinggir laut dan sungai di Malaysia, kebanyakan mereka tahu bagaimana untuk menyiang ikan buntal beracun ini sehingga boleh dimakan.
Adalah memang disyorkan untuk memperhatikan terlebih dahulu fakta ikan buntal yang sangat beracun ini sebelum dimakan.
Dilaporkan di mana jenis racun yang dikenali sebagai tetrodotoksin yang terdapat di dalam ikan buntal adalah racun yang boleh menyerang sistem saraf dan sangat mematikan.
Racun itu didakwa lebih mematikan berbanding racun sianida (cyanide).
Di negara Jepun sendiri pernah dilaporkan di mana ada sekitar lima hingga 10 kes keracunan ikan buntal setiap tahun berlaku. Meskipun begitu, ada kes keracunan akibat ikan buntal yang masih dapat diselamatkan dengan rawatan segera oleh doktor perubatan.
Proses membersihkan ikan buntal perlu berhati-hati kerana racun tetrodotoksin tersimpan di dalam hati, kelenjar kelamin, kulit dan usus ikan buntal.
Cara membuang organ tersebut harus dibuang secara hati-hati dengan teknik khusus supaya daging ikan tidak tercemar dengan racun tersebut.
Selalunya ikan buntal hanya dihidangkan dengan selamat dimakan oleh chef yang pakar membuatnya sahaja.
Racun tetrodotoksin tidak akan hilang walau ikan buntal dimasak atau dibekukan.
Menurut blog Anim Agro Technology, jika tidak diproses dengan betul maka racun dari organ tubuh ikan buntal boleh menyebar dan terserap ke dalam dagingnya.
Ada empat tahap gejala keracunan ikan buntal iaitu tahap 1 kawasan sekitar mulut terasa kebas atau mati rasa, gangguan pencernaan, seperti mual, muntah, sakit perut, yang biasanya muncul 10 hingga 45 minit selepas memakan ikan itu.
Gejala tahap 2 ialah mati rasa di wajah, sukar berbicara, kehilangan keseimbangan, dan tubuh terasa lemah dan sukar bergerak manakala gejala tahap 3 pula keracunan ikan buntal akan membuat tubuh menjadi lumpuh atau tidak mampu bergerak dan pupil mata membesar.
Gejala tahan 4 pula menyebabkan pesakit gagal bernafas, kadar oksigen di dalam tubuh berkurangan (hipoksia), jantung berdetak lebih lambat dari biasanya (bradikardia), penurunan tekanan darah (hipotensi), gangguan degupan jantung, dan penurunan kesedaran.
Gejala keracunan ikan buntal biasanya muncul dalam hitungan 20 minit hingga 3 jam setelah racun ikan buntal masuk ke dalam tubuh.
Pada Jun 2021, empat maut di Desa Hoder di Sika, Nusa Tenggara Timur, Indonesia kerana memakan ikan buntal beracun manakala 13 lagi orang dikejarkan ke hospital selepas mengalami sakit perut yang serius
Kenapa ikan buntal beracun?