Bapa Allahyarham Along Spoon, Shafiee Yusof, 73, nampaknya reda dengan apa yang sudah berlaku pada anaknya, penyanyi terkenal era 90-an, Sabi’ul Malik Shafie.
“Tak perlu saya ingat semua ini lagi, apa pun semua ini adalah ketentuan Allah.”
Itu reaksi Shafiee kepada pihak media ketika ditanya mengenai pembebasan pembunuh anaknya selepas Mahkamah Persekutuan meminda hukuman pemenjaraan sepanjat hayat kepada penjara 33 tahun, 16 November.
Beliau yang lebih mesra disapa sebagai Pak Engku berkata, tiada lagi sebarang komen selepas pihak mahkamah membuat keputusan terhadap kes anaknya yang popular dengan lagu “Rindu Serindu Rindunya”.
Pada 16 November lalu, Mahkamah Persekutuan Putrajaya meminda hukuman pemenjaraan sepanjang hayat yang dikenakan terhadap Mohd. Ya’cob Demyati, 57, kepada penjara 33 tahun.
Sebelum ini, Mohd. Ya’cob diperintah menjalani hukuman mati tetapi diringankan kepada penjara sepanjang hayat selepas Lembaga Pengampunan membenarkan petisyen rayuannya sekali gus membebaskannya daripada penjara.
Ini bermakna Mohd. Ya’cob yang ketika tragedi berlaku merupakan anggota polis berpangkat Lans Koperal telah menjalani hukuman penjara 33 tahun dari tarikh tangkap pada 4 Januari 2000, satu pertiga daripada cuti dan lain-lain.
Imbas kembali, ini kronologi pembunuhan Along Spoon yang mengejutkan:
25 Disember 1999 – Along Spoon berusia 19 tahun dilaporan hilang.
6 Januari 2000 – Selepas 10 hari hilang, pihak polis menemui mayat mangsa dalam sekarung guni di lereng bukit di Kilometer 28, Jalan Kuala Klawang-Genting Peras, Jelebu, Negeri Sembilan.
7 Januari 2000 – Seorang anggota polis, Lans Koperal Mohamed Ya’cob ditahan kerana disyaki terlibat dalam pembunuhan Along Spoon.
19 Januari 2000 – Suspek dihadapkan ke Mahkamah Majistret Seremban atas tuduhan membunuh mangsa.
10 April 2002 – Mahkamah Tinggi Seremban menjatuhi hukuman mati selepas mendapati suspek bersalah sepenuhnya dalam kejadian pembunuhan ini.
29 September 2009 – Suspek membuat rayuan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terhadap sabitan hukuman mati terhadapnya.
2 November 2010 – Mahkamah Persekutuan mengekalkan keputusan hukuman mati ke atas suspek yang diputuskan oleh Mahkamah Seremban pada 10 April 2002.
Baca:
“Ini pengalaman indah yang cukup berharga” – Mimi Lana sumbang untuk Gaza
Membela rakyat susah, ada kata Anwar membosankan, ini pandangan bekas wartawan era 1990-an
Jalan bercahaya dalam gelap pertama dah ada di Malaysia, jangan terkejut, ini koordinatnya