Apa jadi jika ia dimansuhkan, ini antara kelebihan yang kita semua akan dapat.Mengurangkan Beban Pengguna Bank
Walaupun caj transaksi hanya RM1, ia tetap memberi kesan kepada kewangan kita.
Bayangkan jika anda ingin mengeluarkan RM100 tetapi perlu membayar caj transaksi, maka anda hanya dapat RM90.
Ini boleh dikaitkan dengan peribahasa “kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.”
Ada juga yang sanggup pergi ke bank yang jauh hanya untuk mengelak caj transaksi ini.
Contohnya, walaupun banyak bank di sekitar rumah, ada yang sanggup memandu sejauh 5KM hanya untuk mengeluarkan wang.
Jika caj transaksi ini dimansuhkan, ia pasti akan meringankan beban pengguna, terutama mereka yang bekerja dengan gaji rendah.
Meningkatkan Transaksi Wang Kecil
Biasanya, ketika menggunakan ATM, kita cenderung mengeluarkan wang dalam jumlah besar untuk mengelakkan caj transaksi. Jika kita sering mengeluarkan wang kecil, caj tersebut akan cepat terkumpul. Sebagai contoh, jika anda mengeluarkan RM10 sebanyak 5 kali, caj transaksi RM5 sudah mencukupi untuk membeli makanan Menu Rahmah!
Dengan memansuhkan caj transaksi ATM, ia akan memudahkan masyarakat untuk membuat transaksi wang kecil. Selain itu, dengan semakin ramai orang yang beralih kepada kaedah ‘cashless’, mengeluarkan wang dalam jumlah besar menjadi satu beban.
Ingat tak semasa pandemik dulu? Kerajaan pernah memansuhkan caj transaksi tersebut untuk meringankan beban rakyat. Kita boleh lihat kesannya apabila ramai yang tidak perlu memandu jauh untuk mengeluarkan wang.
Apakah Keburukan Pemansuhan Caj Transaksi ATM?
Walaupun ada banyak kelebihan, pemansuhan caj transaksi ATM juga mempunyai keburukan.
Pihak Bank Akan Mengalami Kerugian
Tahukah anda bahawa sistem ATM sebenarnya di bawah Sistem Pembayaran Elektronik Malaysia (MEPS) yang dimiliki oleh PayNet Group? Caj perkhidmatan RM1 sebenarnya digunakan untuk menyelenggara perkhidmatan ATM yang disediakan oleh MEPS.
Jika caj perkhidmatan ATM dimansuhkan, kemungkinan besar bank akan mengurangkan bilangan mesin ATM di Malaysia kerana faktor keuntungan dan kerugian.
BACA: 7 cara nak hilangkan kutu beras banyak sangat , guna bahan di rumah sahaja!