Realtime website trackingweb stats

Ini punca Mila Jirin sound LHDN, memang naya, mungkin ramai lagi senasib pasal cukai ni

Oleh FATIN AQILAH

“Pertikaian timbul berkenaan tindakan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang menurut saya mengatasi batasannya.

Sungguhpun saya telah menghantar Program Khas Pengakuan Sukarela (PKPS) 2.0, tetapi audit masih dijalankan di kediaman saya,” dakwa penyanyi dan usahawan, Mila Jirin.

Mila, 37 tahun, atau nama sebenarnya Norsyarmilla Jirin, menegaskan bahawa dia dan suaminya sentiasa mematuhi tanggungjawab mereka sebagai warganegara Malaysia dalam membayar cukai pendapatan peribadi dan cukai pendapatan syarikat setiap tahun.

Menurutnya, mereka telah mengambil kesempatan untuk menyertai program PKPS 2.0 seperti yang digalakkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Kami sentiasa mematuhi pembayaran cukai dan urusan kewangan kami dipercayakan kepada ejen cukai kami setiap tahun.

Ini punca Mila Jirin sound LHDN, memang naya, mungkin ramai lagi senasib pasal cukai ni

Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan kerana melancarkan program ini, yang saya fahami bertujuan untuk kami secara sukarela melaporkan pendapatan yang tidak dilaporkan dengan jujur.”

“Sebagai respon terhadap laporan sukarela kami, kami ingin menegaskan bahawa tiada sebarang audit atau penyiasatan akan dijalankan terhadap kami, dengan ‘zero penalty’.

“Pada 9 Februari yang lalu, saya telah mengambil inisiatif untuk mendeklarasikan pendapatan yang sebelum ini kurang dilaporkan bagi diri saya, suami, dan semua syarikat yang berkaitan.

Seharusnya pihak LHDN menerima deklarasi tersebut tanpa sebarang prasangka dan mengeluarkan surat tafsiran tambahan dalam tempoh 14 hari bekerja.

“Walaupun saya dan suami telah menghantar deklarasi pada hari yang sama dan menerima pengesahan secara dalam talian, kami hanya menerima notis cukai tambahan untuk syarikat-syarikat yang berkaitan.

Kami tidak menerima notis yang sama untuk diri kami sendiri.

Saya telah berhubung dengan ejen cukai saya yang sering bertanya kepada LHDN mengenai status cukai tambahan kami, tetapi respons yang kami terima adalah bahawa proses ini masih dalam penyemakan.”

Menurutnya, walaupun prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan untuk tempoh 14 hari bekerja, tarikh penghantaran PKPS 2.0 telah melebihi tiga bulan.

Lebih merisaukan lagi, pihak LHDN cawangan Seremban, Negeri Sembilan masih menghantar notis di bawah Seksyen 78 Akta Cukai Pendapatan.

“Pada 7 Mei, rumah kami dikunjungi oleh pegawai LHDN dari cawangan Seremban. Mereka masuk ke dalam rumah saya dan meminta ibu mentua saya menerima notis di bawah Seksyen 78 Akta Cukai Pendapatan.

“Pertanyaan yang timbul ialah, mengapa saya diaudit sedangkan PKPS telah dilaksanakan lebih awal daripada tarikh notis pada 6 Mei? PKPS saya telah dihantar pada 9 Februari.

“Saya melihat tindakan ini sebagai penganiayaan kerana saya telah mematuhi syarat PKPS. Di manakah janji LHDN untuk menerima PKPS tanpa penalti dan menyelesaikan tafsiran tambahan dalam tempoh 14 hari bekerja?”