Realtime website trackingweb stats

Ini cara sebenar pilih saiz kasut kalau tak nak kaki melecet

Oleh NOR SITI HAZLINDA

Cari kasut sukan yang berprestasi tinggi atau yang sesuai untuk kegunaan harian, adalah penting untuk memilih kasut yang benar-benar selesa dan sesuai.

Salah dalam memilih kasut boleh menyebabkan kaki tidak selesa, sakit, atau melecet.

Ini mungkin disebabkan oleh pelbagai faktor, termasuk bahan kasut itu sendiri.

Namun, tahukah anda, pemilihan saiz kasut yang tidak tepat juga boleh menjadi punca masalah?

Jangan terlalu menganggap remeh! Beli kasut dengan harga mahal, tapi akhirnya kaki sakit dan melecet, itu rugi bukan?

Ini cara sebenar pilih saiz kasut kalau tak nak kaki melecet

Jadi, bagaimana cara memilih saiz kasut yang betul?

Ikuti tips daripada laman Nike.com ini:

Gunakan alat pengukur atau kertas dan pensel untuk mengukur panjang kaki anda. Pastikan kaki diletakkan rata pada permukaan kertas atau lantai semasa mengukur. Jangan membengkokkan kaki. Jika perlu, minta bantuan orang lain untuk membantu anda mendapatkan ukuran yang tepat.

Sebelum mengukur, pastikan anda memakai sepasang stokin yang sering dipakai bersama kasut.

Tandai permulaan hujung ibu jari kaki dan hujung tumit. Ukuran ini akan memberi anda panjang kaki anda.

Sebaiknya ukur kaki anda pada waktu petang. Kaki cenderung sedikit membesar sepanjang hari kerana aktiviti harian. Jadi, waktu petang adalah waktu yang baik untuk mengambil ukuran kaki.

Untuk hasil yang lebih tepat, pertimbangkan untuk menggunakan pembaris dengan unit sentimeter, bukannya inci.

Jika anda terpaksa memilih antara dua saiz yang berbeza, ambil saiz kasut yang lebih besar untuk memastikan keselesaan maksimum.

BACA: 3 cara simpan telur dengan betul, paling penting jangan letak dala peti ais