Sabun basuh pinggan yang wangi, mudah menanggalkan kotoran, dan menghasilkan banyak buih
Ia dapat memudahkan tugasan mencuci pinggan dengan lebih efisien.
Anda tidak perlu lagi menggunakan tenaga berlebihan untuk menyental kotoran degil
pada periuk, kuali, pinggan, dan mangkuk jika sabun basuh anda mempunyai ciri-ciri ini.
Melalui satu perkongsian di laman Facebook, seorang wanita bernama Rufina Abdul Raof telah berkongsi
cara meningkatkan keberkesanan sabun basuh pinggan yang sedia ada di rumah.
Berikut adalah langkah-langkah mudah yang boleh anda cuba!
Bahan-Bahan:
Sabun pencuci pinggan
Dua botol kosong
Garam halus
Langkah-Langkah:
Masukkan satu perempat sabun pencuci pinggan ke dalam botol kosong.
Larutkan tiga sudu besar garam halus dengan air panas, kemudian kacau hingga sebati. Jika larutan terlalu pekat, tambahkan air biasa.
Tuang larutan garam ke dalam botol yang berisi sabun pencuci tadi.
Tambah air biasa sehingga botol hampir penuh (tiga perempat), dan goncang botol untuk mencampurkan bahan dengan baik. Siap!
Hasilnya? Sabun anda kini menghasilkan lebih banyak buih, mempercepatkan proses mencuci dan menjimatkan penggunaan sabun.
Maklum Balas Pengguna:
Di ruangan komen, ramai yang memberi respons positif terhadap petua ini.
“Wah, sabun basuh pinggan saya lebih banyak buih selepas guna petua ini. Memang semangat nak basuh pinggan, kerja mencuci jadi lebih mudah!” kata seorang pengguna.
BACA: