Menggoreng keropok lekor tanpa meletup merupakan kemahiran yang diperlukan bagi memastikan keropok yang dihasilkan kelihatan cantik dan kualiti produk yang tinggi.
Proses menggoreng yang betul tidak hanya menjaga kandungan nutrien dalam bahan mentah, tetapi juga memastikan konsistensi rasa dan tekstur yang memuaskan.
Dalam artikel ini, terdapat cara-cara yang perlu diambil untuk menggoreng keropok lekor dengan berkesan dan selamat tanpa menghadapi masalah meletup.
Cara-caranya:
1. Keluarkan keropok dari peti ais beku dan nyahbeku.
2. Panaskan minyak. Sekiranya ingin keropok kembang dan cantik, minyak perlulah kuantiti yang banyak.
3. Masukkan keropok lekor. Pastikan api sederhana sahaja.
4. Sekiranya api kuat, keropok lekor akan jadi menggerutu, cepat keperangan & kemungkinan meletup.
5. Goreng lebih kurang 4-5 minit. Bila dah kembang dan keperangan, barulah angkat.
6. Hidang dan makan bersama sos pencicah.
Jangan lupa air teh O panas atau kopi atau milo atau air sejuk.
Selamat mencuba!
Baca:
Ramai persoal boleh ke KJ jadi pelakon, ini komen Erma Fatima
Misi Bantuan Kemanusiaan Kecemasan 110 bukti PM Anwar serius bantu rakyat Palestin
Keadaan semasa tak menentu, Selangor FC sah tidak hadir Piala Sumbangsih 2024