Minyak wangi biasanya disembur atau dicalit pada pakaian untuk memulakan hari agar kita tampil lebih segar dan disenangi orang sekeliling.
Namun, ramai yang hanya menyembur secara rawak, menyebabkan wangian tidak bertahan lama dan kurang efektif.
Tip Penyemburan Wangian Berkesan
Menurut satu perkongsian di platform X oleh pengguna bernama Atie, terdapat bahagian tertentu
pada badan yang disarankan untuk disembur wangian agar aromanya lebih tahan lama.
“Apabila kita sembur wangian pada bahagian ini, bau wangi akan melekat lebih lama kerana kawasan ini menghasilkan haba yang tinggi.
Haba ini membantu bahan kimia dalam minyak wangi dirembeskan secara perlahan, membuatkan wangian kekal sepanjang hari,” jelasnya.
Berikut adalah bahagian tubuh yang disarankan, berbeza antara lelaki dan wanita:
Bahagian Tubuh Lelaki yang Sesuai untuk Wangian
1. Bahagian bawah rahang
2. Leher
3. Bahu
4. Dada
5. Bahagian dalam siku
6. Lengan
7. Pergelangan tangan
Bahagian Tubuh Wanita yang Sesuai untuk Wangian
1. Belakang telinga
2. Leher
3. Bahu
4. Dada
5. Bahagian dalam siku
6. Bahagian tengah perut
7. Pergelangan tangan
8. Bahagian belakang lutut
9. Betis
10. Buku lali
Dengan menyembur minyak wangi pada kawasan yang tepat, aroma akan bertahan lebih lama, memberikan rasa segar dan keyakinan sepanjang hari.
BACA: Pempengaruh suruh Shuib cari isteri baru, ini reaksi Watie Hanifiah