Realtime website trackingweb stats

Ini 5 cara kurangkan bil elektrik anda, pakai aircond tapi bil macam tak pakai

Oleh SHAZLIN AZIZ

Penggunaan peralatan elektrik seperti mesin basuh, pengering pakaian, peti sejuk, dan penghawa dingin adalah keperluan yang tidak dapat dielakkan dalam kehidupan moden ini.

Kondisi cuaca yang tidak menentu membuatkan peralatan rumah seperti itu semakin penting.

Namun, penggunaan yang kerap boleh menyebabkan bil elektrik melambung tinggi, yang boleh menimbulkan kebimbangan terhadap kos tambahan dalam belanjawan isi rumah.

Bagi mereka yang menghadapi cabaran ini, jangan risau, terdapat cara untuk mengurangkan penggunaan elektrik di rumah.

Berikut adalah beberapa tip dan trik untuk mengurangkan bil elektrik daripada bekas kakitangan Tenaga Nasional Berhad (TNB), Joe

Ini 5 cara kurangkan bil elektrik anda, pakai aircond tapi bil macam tak pakai

Boyking93, yang boleh anda amalkan.

1. Panel suria mudah alih

Panel suria atau solar merupakan sumber tenaga yang boleh diperbaharui yang semakin popular di kalangan pemilik rumah.

Kos penyelenggaraannya rendah dan ia berfungsi tanpa bergantung kepada bekalan elektrik tradisional.

Anda hanya perlu meletakkan panel ini di tempat yang mendapat cahaya matahari untuk menghasilkan voltan.

Bahkan semasa berlakunya gangguan bekalan elektrik, panel suria tetap dapat menghasilkan tenaga.

2. Guna lampu LED

Lampu LED lebih efisien berbanding lampu mentol pijar atau halogen.

Ia menggunakan foton untuk menghasilkan cahaya dengan penggunaan tenaga yang rendah, menjadikannya empat hingga lima kali lebih cekap.

Anda boleh mengurangkan penggunaan elektrik sehingga 25 hingga 30 peratus dengan menggantikan lampu tradisional dengan lampu LED yang berlabel Sirim untuk keselamatan.

3. Pilih alatan yang jimat elektrik

Pilih alatan elektrik yang mempunyai label MEPS (Minimum Energy Performance Standards) dengan skor 5 bintang.

Ini menjamin bahawa alatan tersebut telah diuji dan dinilai cekap dari segi penggunaan tenaga.

Dengan memilih alatan yang berinovasi dan cekap tenaga, anda dapat berjimat dalam jangka masa panjang.

4. Tanaman hiasan penyerap haba

Tanaman hiasan tidak hanya mempercantik rumah, tetapi juga berfungsi sebagai penyerap haba.

Mereka membantu menapis udara, memberikan oksigen, serta menjadikan rumah lebih selesa.

Tambahkan sedikit hijauan dalam rumah anda untuk mencipta keadaan yang lebih nyaman.

5. Smart power saving box

Gunakan smart power saving box untuk menguruskan penggunaan elektrik secara bijak.

Ini adalah satu cara mudah untuk mengawal dan mengurangkan kos bil elektrik bulanan, terutamanya untuk peralatan seperti penyaman udara atau peti sejuk.

Pastikan anda memahami setiap fungsi peralatan yang digunakan untuk memaksimumkan penjimatan elektrik.

BACA: Usia kenderaan lebih 10 tahun? Cek 6 benda ini kalau tak nak ‘sangkut’ tepi jalan