Fenomena lambat bercakap atau speech delay rupanya boleh diatasi dengan 3 langkah urutan mudah ini.
Sudah ada pun ibu yang sahkan nampak perubahan pada anaknya selepas mengamalkan tips dikongsikan Pusat Terapi Excel Qhalif.
Biasanya, jika umur anak mencapai usia 15 hingga 18 bulan, mereka patut boleh dah ucap ‘mama’. Tetapi jika belum, si cilik mungkin menghidap kelewatan bercakap.
Tanda-tanda seseorang anak mengalami speech delay juga boleh dilihat ketika umur mereka 2 hingga 4 tahun seperti tak dapat lagi buat ayat secara spontan.
Cubalah berikhtiar, mungkin dengan panduan Pusat Terapi Excel Qhalif ini dapat membantu.
Urutan mulut untuk anak cepat bercakap ini boleh dibuat 2 kali setiap hari iaitu pagi dan sebelum tidur.
Untuk urutan ini, tidak perlu bubuh minyak.
“Saya ada cuba juga buat. Ada nampak perubahan daripada 1 perkataan, sekarang ada jugalah dengar dua patah perkataan.
“Tapi tak konsisten. Kena rajin buat urutan macam ni. Terima kasih atas perkongsian,” demian antara komentar pengguna TikTok.
Ada 3 langkah ‘oral motor massage’ iaitu:
1. Urutan bahagian luar mulut
2. Urutan bahagian dalam mulut
2. Urutan pipi – dari atas ke bawah dan dari belakang ke depan
@excel_qhalif Replying to @M I R A Jom buat oral motor massage ni dengan anak ☺️ #fyp #excelqhalif #excelgenius #speechtherapy #speechdelay ♬ Cute – Aurel Surya Lie
Baca:
“Dia memang cakap nak hidup sampai umur 43 tahun sahaja” – Ina Naim dedah pesanan
“Itu fasa hodoh saya, orang suruh, semua saya buat” – Alif Satar
Anak tiri kena ‘ratah’ sampai beranak, 22 tahun sumbat ke penjara, rupanya ini status ibu mangsa