Realtime website trackingweb stats

Ingat guna sabun dah bersih, rupanya banyak lagi sisa celah senduk kayu, ini cara mujarab keluarkan semua kotoran

Oleh NUR KASIH

Penggunaan sudip atau senduk kayu memang boleh melindungi periuk anda daripada calar.

Namun, jika tidak dibersihkan dengan teliti, kesan masakan akan melekat pada permukaan sudip dan senduk kayu.

Jika anda mencari cara untuk membersihkan peralatan dapur berbahan kayu,

anda boleh mencuba tip mudah yang dikongsi ini oleh seorang pengguna TikTok, The Bigger Chef.

Berikut adalah cara-cara:

Ingat guna sabun dah bersih, rupanya banyak lagi sisa celah senduk kayu, ini cara mujarab keluarkan semua kotoran

1. Didihkan air di dalam periuk.
2. Masukkan cuka ke dalam periuk bersama air mendidih.
3. Tambahkan sedikit garam.
4. Rendam peralatan dapur berbahan kayu tersebut.
5. Matikan api.
6. Biarkan merendam selama beberapa minit.

Selepas proses ini, anda akan dapat melihat minyak dan kotoran yang terapung di atas permukaan air.

Kemudian, bilas sudip dan senduk kayu dengan air bersih dan lap kering dengan kain.

BACA: Terkejar-kejar balik kerja dan ambil anak balik sekolah? Ini cara defrost ayam tak sampai 10 minit