Realtime website trackingweb stats

Individu trauma beli air balang di bazar, dakwa ada ‘topping’ bangkai reput

Oleh ARIF ABDULLAH

Kisah seorang individu yang mengalami trauma ketika membeli air balang di bazar, disebabkan kehadiran bangkai cicak yang reput.

Sangat kotor dan menjijikkan! Itulah yang dapat diterangkan tentang situasi yang dialami oleh seseorang selepas membeli makanan berbuka puasa di sebuah gerai di Klang, Selangor.

Dalam video pendek yang dikongsi, individu tersebut hanya sedar bahawa ada seekor cicak dalam bungkusan itu apabila mereka hendak menuang minuman berperisa keladi ke dalam gelas.

Individu trauma beli air balang di bazar, dakwa ada 'topping' bangkai reput

“Masa ni beli air balang tepi jalan kawasan Klang. Sebab teringin sangat air keladi. Dah siap tuang 2 jag, ada baki sikit lagi dalam plastik.”

“Saya tergerak hati nak tuang semua dalam cawan, sekali ingat cincau nak gelongsor dalam cawan. Rupanya cicak yang dah hampir reput” kata individu malang tersebut.

Dalam penerangan lanjutnya, individu itu bersyukur kerana mereka dan keluarga tidak sempat meminum air tersebut.

Perkongsian itu mendapat pelbagai reaksi dari orang ramai yang kebanyakannya berkongsi pengalaman serupa yang mereka alami.

Tidak kurang juga, ada yang memberi nasihat kepada peniaga untuk menjaga kebersihan makanan dan minuman yang dijual serta bersungguh-sungguh dalam melakukan segala perkara.

Marilah kita bersama-sama berdoa agar kita tidak mengalami trauma serupa di masa depan.

@azie_anjeeeeTime nie beli air balang tepi jln area klang… sbb tringin sgt air keladi..dah siap tuang 2jug , ada balance sket lg dlm plastik …sy tergerak hati nk tuang smua dlm cawan ..skali ingat cincau nk gelonsor dlm cawan ..rupanya cicak yg dah hampir reput 🥹🥹🥹🤢🤢🤢…kecoh satu dapur sy menjerit ..geli giler 🤮

♬ оригинальный звук – Aizh

Baca:

Dah lebih 100 tahun tak kena penyakit kronik, ini petua lelaki tua boleh dicontohi

Shalom Avitan mungkin anggota unit pembunuh ‘Kidon’ Mossad, ini 10 fakta kegilaan pengganas itu dahagakan darah

Rupanya 126 sampel makanan di bazar Ramadan KL dicemari kuman, ini 3 ‘strain’ bakteria utama bukti tidak bersih