Realtime website trackingweb stats

Individu ini kongsi resipi kek gula hangus penuh bersarang dalam ‘rice cooker’, elok kejadiannya

Oleh NUR KASIH

Jika anda ingin mencuba sesuatu yang unik dan menarik, anda boleh mencuba resipi kek gula hangus dengan menggunakan ‘rice cooker’.

Mari kita lihat kejadian kek gula hangus ini!

Bahan-bahanya :

Individu ini kongsi resipi kek gula hangus penuh bersarang dalam 'rice cooker', elok kejadiannya

• 1 cawan gula
• 1 cawan air
• 1 cawan tepung gandum
• 5 biji telur gred c
• 2 sudu teh soda bikarbonat
• 3 sudu minyak masak
• 1/3 cawan susu pekat

Cara membuatnya:

1. Masak gula sampai berubah jadi cair dengan api kecil.

2. Kemudian, tambahkan sedikit air sambil terus kacau sehingga gula sebati, kemudian matikan api dan biarkan sebentar.

3. Pukul lembut telur sehingga kuningnya pecah dan bercampur rata, kemudian campurkan susu.

4. Tuangkan gula ke dalam air, pastikan tiada gumpalan.

5. Masukkan tepung gandum dan soda bikarbonat, ayak bersama. Gaul rata.

6. Tapiskan adunan ke dalam penanak nasi. Bakar sehingga masak dan butang “panas” bertukar.

Selamat mencuba semua!

Baca:

Nama melonjak hari demi hari puncak kegemilangan karier seni Amelina ratu dangdut Malaysia

Kekacang bagus untuk kesihatan, ikuti resipi ringkas untuk buat biskut florentine ‘crunchy’

Lelaki diikat & dibelasah hingga mati selepas terlibat kemalangan langgar lari