Realtime website trackingweb stats

Imbasan X-ray kargo timbul curiga, RM1.7 bilion punya angkara ‘harum’ nama Malaysia di Australia

Oleh FATIN AQILAH

Kuat ‘deria’ curiga beberapa anggota Pasukan Sempadan Australia (ABF). Semasa satu imbasan X-ray kargo berisi tisu tandas, mereka diserbu rasa tidak kena.

Akhirnya, rasa curiga mereka terjawab sudah apabila kira-kira 622 kilogram methamphetamine ditemui tersembunyi di dalam kargo tersebut.

Jumlah methamphetamine itu boleh dijual dengan anggaran $559.8 juta bersamaan kira-kira RM1.7 bilion.

Susulan itu, Pasukan Polis Australia (AFP) pada 12 Oktober 2023 menangkap empat lelaki yang dipercayai merupakan anggota sebuah sindiket jenayah berat antarabangsa.

Salah seorangnya adalah rakyat Malaysia manakala dua warganegara China berumur 33 tahun, dan seorang lagi warga Hong Kong.

AFP menerusi kenyataan rasminya menyebut dadah itu tiba ke Melbourne melalui kargo laut dari Malaysia pada 4 Oktober 2023.

Keempat-empat suspek yang ditangkap turut melibatkan kerjasama Polis Victoria, Suruhanjaya Risikan Jenayah Australia dan Jabatan Hal Ehwal Dalam Negeri yang kesemuanya bernaung di bawah Pasukan Bertindak Bersama Pencegahan Jenayah Terancang (JOCTF).

Baca: 

Ramai remaja Melayu yang menjadi pemuja tegar artis Korea Selatan perlu sedar realiti kepincangan jiwa puluhan ribu belia di sana 

Siti Nurhaliza dinasihat peminat, tapi lucu pula tak pasal-pasal nama Aina Abdul kena ‘petik’ 

“Tergamak Shila herdik mak dengan kata-kata kesat, Allahuakbar” – Ibu Shila Amzah