Realtime website trackingweb stats

Ikut selera anak-anak, Ibu kongsi resepi Biskut Cornflakes Crunchy Chocolate Chips -Tak cukup satu balang!

Oleh ARIF ABDULLAH

Biskut cornflakes yang rangup ni, memang mudah sangat buatnya.

Bolehlah ajak adik-adik buat sekali.

Tahun ini kita buat kuih raya yang simple je tapi sedap!

Ikut selera anak-anak, Ibu kongsi resepi Biskut Cornflakes Crunchy Chocolate Chips -Tak cukup satu balang!

Resepi Biskut Cornflakes Crunchy Chocolate Chips

Bahan-bahannya:

• 250g buttercup atau boleh guna planta
• 1 cawan gula aicing
• 1 sudu kecil esen vanila
• 3/4 cawan tepung jagung
• 2 cawan tepung gandum
• Cornflakes secukupnya (letak dalam 3 cawan, kasi ramas sikit ye)
• Chocolate chips
• Chocolate rice (optional)
• Almond cincang (optional)

Cara-caranya:

1. Gaulkan butter, gula icing, dan esen vanilla dengan senduk.

Jangan pukul terlalu lama.

2. Kemudian campurkan tepung jagung dan tepung gandum sedikit demi sedikit.

Tak perlu diayak dengan teliti.

Gaulkan adunan hingga sebati.

Adunan mungkin agak lembik, jadi tak perlu risau.

3. Tambahkan cornflakes, coklat chips, dan almond, gaulkan sehingga sebati.

4. Letakkan adunan di atas loyang yang telah disapu dengan butter atau planta.

Korang boleh membentuknya dengan jari atau nak golek-golekkan dalam baki cornflakes.
Pastikan anda menyusun adunan dengan jarak-jarak kerana ia akan mengembang.

Walaupun ia akan mengembang sedikit, tetapi ia akan mengembang biasa-biasa je kerana kita tidak menggunakan soda bikarbonat atau baking powder.

5. Sebelum memasukkan adunan ke dalam oven, panaskan oven terlebih dahulu selama 5-10 minit.

6. Kemudian, bakar biskut pada suhu 160°C selama 20 minit atau mengikut suhu oven masing-masing (guna api atas dan bawah).

Biskut akan lembut apabila baru keluar dari oven, tetapi ia akan menjadi keras selepas itu.

7. Biarkan biskut sejuk sebelum disusun dalam balang penyimpanan.

Selamat mencuba semua!

Baca:

Rupanya tanaman pun perlu kena ‘diugut’, ini antara petua agar pokok cepat berbuah

Pelbagai resipi bubur yang boleh buat di rumah, kombinasi rasa lemak & manis memikat selera

Roti kalau dah habis jangan dibuang tag, boleh guna untuk kreativiti lain