Realtime website trackingweb stats

Ikonik di Kampung Baru ‘Rumah Biru’ rupanya tak jadi roboh, ini kisah sebenar

Oleh FATIN AQILAH

Rumah Biru tradisional Melayu yang menjadi ikonik Kampung Baru, Kuala Lumpur dengan latar belakangnya bangunan tinggi di ibu negara termasuk Menara Berkembar Petronas tidak akan dirobohkan.

Salah seorang waris kepada pemilik rumah tersebut, Shafiq Abdullah berkata, mereka hanya diminta keluar dari rumah tersebut untuk memudahkan pemaju melakukan kerja-kerja yang berkenaan.

“Hai korang, projek belum bermula lagi ya dan untuk maklumat semua, rumah kami ini insya-Allah tidak dirobohkan ya.

Kami diminta keluar bagi memudahkan projek kan berlangsung nanti.

“Sekiranya apa-apa berlaku pada masa hadapan, insya-Allah pemaju akan baik pulih seperti sediakala.

Ikonik di Kampung Baru ‘Rumah Biru’ rupanya tak jadi roboh, ini kisah sebenar

Sama-sama lah kita doa semoga selepas tamat projek ni, kami boleh pulang ke kampung halaman kami ini,” katanya pada hantaran Facebook hari ini.

Shafiq turut mengucapkan penghargaan kepada orang ramai yang berkongsi cerita dan pengalaman berhubung Rumah Biru tersebut.

“Jutaan terima kasih kepada semua yg sudi berkongsi momen, cerita dan ambil peduli tanah kampung ni. Saya sebagai wakil pewaris ucapkan terima kasih daun keladi. Panjang umur kita jumpa lagi.

“Diharap penjelasan saya ni dapat sedikit sebanyak yang saya kongsikan. Terima kasih Malaysia.

“Kepada yang dakwa saudara jauh ke apa ke, teruskan hiburkan kami ya. Jangan sesekali percaya scammer sebab ramai yang nak tuntut token atau baucar. Sila abaikan,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan, sebuah rumah yang terkenal kerana masih mengekalkan keaslian seni bina tradisional Melayu di Kampung Baru dikenali sebagai Rumah Biru, dipercayai bakal dirobohkan.

Rumah Biru itu juga yang merupakan tarikan pelancong dalam dan luar negara, pernah menjadi lokasi penggambaran filem antaranya Adnan Sempit, Remp-It, Impak Maksima dan pelbagai lagi.

BACA: Pening lepas cuci baju masih bau kepam, rupanya ramai tak perasan ‘benda’ ini pada mesin basuh!