Seekor ikan laut dalam yang jarang ditemui, dikenali sebagai ikan oar, telah terdampar di pantai Encinitas, selatan California, baru-baru ini.
Menurut Institut Oseanografi Scripps, Universiti California, San Diego, ikan ini ditemui oleh seorang pelajar pada minggu lalu.
Ikan oar yang berbentuk panjang seperti pita ini dianggarkan berukuran antara 2.74 hingga 3.05 meter.
Ia biasanya mendiami zon mesopelagik, iaitu kawasan perairan dalam yang gelap dan tidak dapat ditembusi cahaya.
Ikan ini sering digelar “ikan kiamat” kerana kaitannya dalam mitos sebagai petanda gempa bumi atau bencana alam.
Sejak tahun 1901, hanya 20 kejadian ikan oar terdampar direkodkan di California
. Saintis belum dapat memastikan punca ikan-ikan ini terdampar, namun beberapa kemungkinan telah dikemukakan, termasuk kecederaan, penyakit, atau kekeliruan arah.
Pada tahun 2013, dua ekor ikan oar yang terdampar di pantai California menimbulkan spekulasi bahawa kematian mereka mungkin berkaitan dengan aktiviti seismik di dasar laut beberapa hari sebelum gempa bumi.
Ada juga teori lain yang menyatakan pelepasan gas karbon monoksida dalam jumlah besar sebelum gempa bumi boleh mempengaruhi ikan oar dan makhluk laut dalam yang lain.
Sebagai tambahan, sebanyak 20 ekor ikan oar dilaporkan terdampar di pantai Jepun beberapa bulan sebelum gempa bumi besar melanda negara tersebut pada tahun 2011
. Kejadian ini terus menjadi misteri yang menarik perhatian para penyelidik.
BACA: